Elyana Nafi Ada Masalah Rumah Tangga
Kecoh sekarang ini kononnya penyanyi wanita yang suka berkaki ayam ketika membuat persembahan, Elyana sedang menghadapi masalah rumah tangga.
Hal ini timbul apabila ada yang mengatakan tentang Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 30, jarang berkongsi gambar suami dan anaknya di laman instagram miliknya.
Sehubungan dengan hal itu Elyana tampil memberikan penjelasan tentang spekulasi yang timbul.
Katanya dia berharap supaya jangan ada yang salah faham dan mengaitkan perkara itu dengan hal rumah tangganya.
Elyana sendiri tidak tahu bagaimana perkara ini boleh timbul.
“Jika diikutkan, sejak dulu lagi saya jarang memuat naik gambar bersama keluarga, terutamanya suami. Perkongsian saya di laman sosial kebanyakannya membabitkan perkembangan diri saya saja, cuma sesekali ada diselitkan keluarga.
Pun begitu Elyana tidak kisah dan tidak ambil pusing dengan setiap apa yang ingin diperkatakan oleh orang ramai terhadap dirinya kerana bagi dirinya, apa yang penting dia sentiasa menjadi diri sendiri.
Elyana pun dah jelaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan keluarganya. Jadi janganlah ada yang membuat spekulasi sebegini lagi selepas ini. Kita doakan sahaja supaya rumah tangga Elyana bahagia hingga ke akhir hayat mereka.
The post Elyana Nafi Ada Masalah Rumah Tangga appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2otQPtx✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment