Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adakah Batal Puasa Kita Jika Mandi Wajib Selepas Subuh. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adakah Batal Puasa Kita Jika Mandi Wajib Selepas Subuh.

Kini bulan Ramadhan telah tiba lagi, bagi pasangan suami isteri mungkin bulan ini akan menghadkan hubungan kelamin mereka kerana ada sesetengahnya masih belum memahami lagi adab-adab

Kini bulan Ramadhan telah tiba lagi, bagi pasangan suami isteri mungkin bulan ini akan menghadkan hubungan kelamin mereka kerana ada sesetengahnya masih belum memahami lagi adab-adab berhubungan intim  di bulan Ramadhan ini.

Ada juga kaum isteri yang menganggap bulan ini merupakan bulan bagi mereka untuk berehat daripada melayani suami mereka.

Tetapi mereka harus tahu bahawa Islam itu mudah, mereka hanya perlu tahu cara yang betul sahaja seperti hukum mandi wajib ketika bulan Ramadhan ini.

Lewat mandi wajib bagi orang yang telah berpuasa di Bulan Ramadhan. Banyak orang tidak tahu adakah puasa terbatal atau tidak disebabkan lewat mandi wajib.

Dengan sebab ini, saya menyediakan jawapan secara ringkas dan padat untuk mengangkat masalah berkaitan yang timbul dalam benak fikiran anda.
Aisyah ra dan Ummu Salamah ra pernah menceritakan bahawa :
“Nabi saw pernah bangun pagi dalam bulan Ramadhan dalam keadaan berjunub kerana bersetubuh dengan isterinya. Baginda mandi dan kemudiannya berpuasa tanpa mengqadhanya”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalil hadis yang diberikan di atas menunjukkan bahawa orang yang mandi selepas azan subuh atau selepas subuh tidak membatalkan puasa mereka.
Bagi orang yang bangun lewat, maka hendaklah ia cepat menyegerakan mandi hadasnya untuk menyegerakan solat subuh.
Kalau lewat bangun tidur disebabkan tidak terjaga sahur atau tidak disengajakan, maka perbuatan tersebut dimaafkan oleh Allah, tapi kalau ia disengajakan atau selepas makan sahur tidur balik, maka dosa baginya kerana ia mengabaikan perintah Allah iaitu mengerjakan solat subuh.
Makruh juga orang yang sengaja melewatkan mandi wajib kerana banyak perkara yang terhalang ketika ia berhadas besar.

Berikut merupakan sedikit info tata cara mandi wajib yang boleh kita jadikan panduan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qq0m4Q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.