Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isu Buah Kurma Tercemar Dengan Lipas Dan Kumbang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isu Buah Kurma Tercemar Dengan Lipas Dan Kumbang



PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berita yang menular di laman media sosial berkaitan buah kurma yang tercemar dengan lipas dan kumbang. KKM memandang serius berhubung isu ini dan meningkatkan pemantauan ke atas produk kurma di pasaran tempatan serta di pintu masuk bagi memastikan makanan berkenaan adalah selamat.

Di samping itu, KKM ingin menasihati pengguna dan orang ramai untuk menggunakan hak dan kuasa pembeli dalam memastikan produk makanan yang
dibeli adalah bersih dan selamat. Pengguna juga disaran membaca label serta mengamalkan lihat, hidu dan rasa sebelum menikmati makanan bagi mengelakkan memakan makanan yang telah rosak atau tercemar.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri
atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan http://ift.tt/1vVF64U jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.

Selamat menjalani ibadah berpuasa dan berbuka puasa kepada semua Umat Islam.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nor Suzaman B. Abdul Rahman
Tel : 03-8883 3470 / 013-399 7025
Emel : n.suzaman@moh.gov.my

--BERNAMA

✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r99FJL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.