Kejar Redha Di Bulan Yang Mulia
Assalamualaikum semua. Kat sini aku nak kongsikan tentang fadhilat berdoa di bulan ramadhan berdasarkan pengalaman aku la.
Baru baru ni aku dan suami bergaduh dan bermasam muka berhari hari. Selalunya salah aku dan aku akan minta maaf sampai nangis kat dia. Bila aku dah tak tahan aku bangun tahajjud pagi tadi. Aku berdoa kepada Allah sambil menangis. Aku cuma mengadu dah malas nak bergaduh lagi aku dah tak tahan. Apa nak jadi lepas tu jadilah.
Tapi tak sangka Allah bagi lebih dari apa yang mengadu. Suami aku balik dari surau lepas subuh pagi tadi terus baring manja kat paha aku. Isteri mana tak rasa gembira kan.
So simple je aku nak cakap. Dalam bulan yang mulia ni gais. Yakin la Allah dengar semua doa kita. Jom kita mulakan sekarang tak perlu tunggu malam lailatulqadar je. InshaAllah aku yakin setiap doa harapan dan permintaan Allah dengar semua.
Aku doakan semoga korang yang mempunyai cita cita dan harapan menggunung tinggi akan tercapai impian korang. Doakan aku pregnant tau sebab kami dah hampir setahun kahwin aku masih belum pregnant lagi.
Jom kita berlumba lumba beribadah dan kejar redha Allah dalam bulan yang mulia ni.
Lots of love
Puan cute
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rONMAa
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment