Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mek Timoh Dari Birmingham Yang Fasih Kecek Kelate - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mek Timoh Dari Birmingham Yang Fasih Kecek Kelate

fatimah.jpg

WALAUPUN dilahirkan di Birmingham, United Kingdom (UK) dan menetap di negara itu, Fatimah Omar Mukhlis, 3, tidak melupakan bahasa Melayu, malah fasih ‘kecek kelate’ hasil didikan ibu bapanya yang tidak mahu anak mereka lupa bahasa ibunda.

Petah bertutur sejak berusia setahun, selain fasih dialek Kelantan, Fatimah juga fasih bahasa Thailand dan bahasa Inggeris.

Fatimah kini menjadi perhatian selepas videonya ‘kecek kelate’ tular sejak bulan lalu.

Ibunya, Nor Ashila Mahamed Ismail, 36 ketika dihubungi berkata, anak kedua daripada tiga beradik itu suka bertutur dialek Kelantan sejak kecil lagi.

“Walaupun kita bercakap bahasa Inggeris, dia akan balas dialek Kelantan. Berbeza dengan abangnya, Omar Mukhtar, 10, yang pada mulanya malu nak bercakap dialek Kelantan kerana ada segelintir rakan mentertawakannya.

“Selepas Omar melihat Fatimah berkeyakinan bertutur dialek Kelantan, baru dia (Omar) bertutur dialek itu tanpa segan dan rendah diri,” katanya yang mengusahakan restoran di Birmingham.

Menurut Nor Ashila, dia dan suaminya, Omar Mukhlis Azizan, 36, mahu mendidik anak mereka supaya mengenal bahasa ibunda.

“Suami memang berasal dari Kelantan manakala saya pula berasal dari Thailand. Walaupun sudah menetap di UK sejak 2004, kami tidak mahu anak lupa bahasa dan adat.

Oleh itu, kami praktikkan penggunaan tiga bahasa di rumah. Alhamdulillah mereka tidak keliru dan kini ketiga-tiga anak saya sudah mahir dalam menyusun ayat dalam penggunaan tiga bahasa ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Sumber: sehinggit



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2quZ4Wl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.