Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ada DNA babi, Indonesia tarik 4 produk mi segera korea dari pasaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ada DNA babi, Indonesia tarik 4 produk mi segera korea dari pasaran

BADAN Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia menarik balik dari pasaran empat produk mi segera dari Korea kerana mengandungi fragmen asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Memetik laporan Detiknews, produk berkenaan ialah Samyang (mi segera U-Dong), Samyang (mi segera perisa Kimchi), Nongshim (mi segera Shin Ramyun Black) dan Ottogi (mi segera Yeul Ramen).

Image result for Shin Ramyun Black

Ketua BPOM Penny Kusumastuti Lukito berkata, pihaknya sudah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya.

“Kami sudah mengambil langkah (yang sepatutnya), sehingga akhirnya saya menyuruh semua untuk menariknya sendiri tapi sepatutnya pengimport yang menarik sendiri mengikut peraturan sedia ada,” katanya.

Penny turut meminta semua cawangan BPOM untuk menarik semula produk itu kerana orang ramai perlu mempunyai perlindungan untuk membeli makanan.

“Dalam peraturan perlindungan masyarakat, saya minta supaya produk itu ditarik dari pasaran dengan segera.

“Secara kebetulan kita sedang melaksanakan operasi sempena Ramadan dan Aidilfitri. Jadi kalau nampak ada dijual, kami akan keluarkan dari pasaran,” katanya.

Menurutnya, produk mi segera itu sudah mendaftar ke BPOM dan dalam dokumen pendaftaran itu, pengimport memaklumkan ada produk yang mengandungi DNA babi dan ada yang tidak.

Namun, hasil penemuan di pasaran, ada produk yang dijual tanpa label ‘Mengandungi Babi’ tetapi selepas diuji, ia mengandungi fragmen DNA babi.

“Berdasarkan dokumen itu, kami memberi nombor pendaftaran berbeza tetapi kita juga meminta pengimport untuk meletakkan tanda pemberitahuan ‘Mengandungi Babi’.

“Tetapi selepas melakukan pemeriksaan di pasaran, ada produk yang tidak diletakkan pemberitahuan itu dan selepas diuji ternyata ia mengandungi fragmen DNA babi. Kita minta pengimport untuk menarik semula produk itu daripada pasaran,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sew1tH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.