Jabatan Penjara Malaysia tetapkan tarikh 27 dan 28 Jun untuk lawatan Aidilfitri
Jabatan Penjara Malaysia menetapkan 27 dan 28 Jun ini sebagai tarikh lawatan keluarga penghuni sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Supri Hashim berkata tarikh itu ditetapkan bagi semua penjara, pusat pemulihan akhlak, pusat pemulihan khas, tempat tahanan khas dan Sekolah Henry Gurney, dengan semua lawatan di institusi penjara ditutup pada hari pertama dan kedua perayaan.
“Keutamaan lawatan pada hari berkenaan diberi kepada penghuni yang beragama Islam sahaja dan Jabatan Penjara menetapkan bahawa waktu lawatan bagi pelawat bermula 8.15 pagi hingga 4.15 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Supri berkata pelawat diminta membawa kad lawatan serta kad pengenalan bagi memudahkan urusan dan mereka dilarang membawa makanan dari luar serta tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni memandangkan semua kemudahan asas telah disediakan Jabatan Penjara.
“Sekiranya pelawat ingin memberi wang kepada penghuni atas urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya, sila dapatkan resit rasmi sebagai akuan penerimaan,” katanya.
Menurutnya, pihak penjara berhak membuat pemeriksaan fizikal ketika pelawat masuk dan keluar penjara kerana ia tertakluk kepada Akta dan Peraturan Penjara. – BERNAMA
Sumber Jabatan Penjara Malaysia tetapkan tarikh 27 dan 28 Jun untuk lawatan Aidilfitri
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sf3tzX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment