Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jabatan Penjara Malaysia tetapkan tarikh 27 dan 28 Jun untuk lawatan Aidilfitri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jabatan Penjara Malaysia tetapkan tarikh 27 dan 28 Jun untuk lawatan Aidilfitri

Jabatan Penjara Malaysia menetapkan 27 dan 28 Jun ini sebagai tarikh lawatan keluarga penghuni sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Jabatan Penjara Malaysia tetapkan tarikh 27 dan 28 Jun untuk lawatan Aidilfitri

Jabatan Penjara Malaysia tetapkan tarikh 27 dan 28 Jun untuk lawatan Aidilfitri

Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Supri Hashim berkata tarikh itu ditetapkan bagi semua penjara, pusat pemulihan akhlak, pusat pemulihan khas, tempat tahanan khas dan Sekolah Henry Gurney, dengan semua lawatan di institusi penjara ditutup pada hari pertama dan kedua perayaan.

“Keutamaan lawatan pada hari berkenaan diberi kepada penghuni yang beragama Islam sahaja dan Jabatan Penjara menetapkan bahawa waktu lawatan bagi pelawat bermula 8.15 pagi hingga 4.15 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Supri berkata pelawat diminta membawa kad lawatan serta kad pengenalan bagi memudahkan urusan dan mereka dilarang membawa makanan dari luar serta tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni memandangkan semua kemudahan asas telah disediakan Jabatan Penjara.

 

“Sekiranya pelawat ingin memberi wang kepada penghuni atas urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya, sila dapatkan resit rasmi sebagai akuan penerimaan,” katanya.

Menurutnya, pihak penjara berhak membuat pemeriksaan fizikal ketika pelawat masuk dan keluar penjara kerana ia tertakluk kepada Akta dan Peraturan Penjara. – BERNAMA

 



Sumber Jabatan Penjara Malaysia tetapkan tarikh 27 dan 28 Jun untuk lawatan Aidilfitri

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tBZmfu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.