Hi! Welcome Back and Stay Tune! CIMB perkenalkan Cuti Paterniti bergaji selama 30 hari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

CIMB perkenalkan Cuti Paterniti bergaji selama 30 hari

CIMB Bank Bhd memperkenalkan​​​​​​ cuti paterniti berbayar selama sebulan kepada warga kerjanya di bawah dasar yang ditambah baik, untuk membolehkan golongan bapa meluangkan lebih banyak masa bersama anak pertama mereka, dan berkongsi tanggungjawab dalam menyambut kelahiran baharu.
Mengikut dasar baharu itu, cuti paterniti berbayar dinaikkan daripada tiga hari bekerja berturut-turut kepada sebulan (30 hari berturut-turut mengikut kalendar), menurut bank itu dalam kenyataan di Kuala Lumpur.
Dasar itu, yang berkuat kuasa hari ini, adalah pelengkap kepada Program Peremajaan Kakitangan, yang membenarkan warga kerjanya mengambil sehingga enam bulan cuti tidak berbayar atas sebab peribadi, termasuk melanjutkan tempoh cuti bersalin dan cuti paterniti, dengan mengekalkan jawatan semasa atau kekananan mereka di syarikat itu.
Pendekatan tersebut adalah seiring usaha CIMB untuk terus mempertingkatkan kebajikan warga kerjanya melalui dasar kesaksamaan gender.
Ketua Pegawai Kakitangan CIMB Group, Datuk Hamidah Naziadin berkata, langkah itu adalah satu lagi usaha untuk menunjukkan penghargaan CIMB kepada kakitangan.
“Ini adalah satu lagi inisiatif dalam menunjukkan penghargaan CIMB kepada warga kerjanya dengan memastikan mereka mendapat sokongan untuk mencapai keseimbangan kerjaya-kehidupan, sekali gus mempamerkan usaha keseluruhan kami bagi mengamalkan amalan terbaik global dalam pengurusan sumber manusia,” katanya.

Bagi menunjukkan komitmen CIMB terhadap kesejahteraan kakitangannya, CIMB sebelum ini memperuntukkan sehingga RM1 bilion bagi pinjaman perumahan tanpa faedah untuk tempoh pinjaman lima tahun pertama, serta banyak lagi manfaat lain, untuk membantu kakitangan berpendapatan rendah menguruskan tanggungjawab bulanan mereka. – BERNAMA

Sumber



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rsOOi0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.