Terap nilai murni dalam kandungan karya - PM Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan usaha itu penting dalam membentuk tamadun bernilai tinggi di Malaysia.
"Sehari dua ini, masalah buli dan gangsterisme dalam masyarakat kita menjadi perhatian umum masyarakat kita.
"Saya berharap anda boleh memainkan peranan masing-masing untuk menanamkan nilai-nilai kemanusiaan yang lebih mulia dikalangan masyarakat kita."Bukan sahaja untuk membangunkan lebuh raya, kereta api laju, bangunan pencakar langit dan sebagainya. Tetapi kita hendak membangunkan sebuah tamadun yang tinggi nilai murninya," katanya kepada ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama Seniman, Karyawan, Sasterawan dan Penyiar di Seri Perdana hari ini.
Kecewa dengan kejadian buli yang menjadi topik hangat di peringkat nasional, Najib akui pelbagai medium saluran kandungan perlu mengandungi nilai murni.
"Saya berharap di sini peranan penggiat-penggiat seni dan juga anda yang bergerak dalam bidang kreatif ini boleh membantu kita supaya asas masyarakat dan tamadun kita itu boleh kita letakkan dengan pengisian-pengisian yang lebih mulia dalam kalangan masyarakat kita.
"Mesej ini boleh diterapkan dalam pelbagai penghasilan yang dapat dilakukan oleh anda," katanya.
Hadir pada majlis tersebut lebih 2,000 penggiat seni tanah air termasuk golongan veteran.
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kematian pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnian dan seorang remaja T. Nhaveen akibat didera dan dipukul dengan kejam.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rtdjeP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment