Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dun Sarawak Perlu Beri Perhatian Serius - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dun Sarawak Perlu Beri Perhatian Serius

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini diminta supaya memberi perhatian serius terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching semalam yang membatalkan tindakan DUN itu yang melucutkan kedudukan Dr Ting Tiong Choon sebagai ADUN Pujut.

Penganalisis sosiopolitik di Jabatan Sosiobudaya, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, ini perlu demi menentukan DUN itu tidak mengulangi kesilapan hingga memberi implikasi negatif kepada Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Ini juga untuk mempastikan amalan pengasingan kuasa jelas dan tidak ditafsirkan secara sempit oleh parti politik, penasihat dan penggubal undang-undang, kata beliau.

Beliau berkata, amalan pengasingan kuasa dalam sistem demokrasi penting untuk dipelihara dan diamalkan.

“Pengasingan kuasa tiga badan – eksekutif, perundangan dan kehakiman – adalah untuk memastikan sistem keadilan yang telus, berintegriti tinggi dan dihormati,” katanya kepada Bernama, ketika mengulas keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Beliau berkata DUN sebagai badan yang menggubal undang-undang tidak boleh bertindak sebagai hakim kerana ia mencampuri urusan badan lain, iaitu kehakiman.

“Ini bertentangan dengan amalan demokrasi sebenar dan bersifat campur tangan yang tidak perlu sedangkan tiga badan ini mempunyai fungsi dan tugas tersendiri dan tidak boleh bertindih, diganggu dan dipengaruhi oleh badan yang lain,” jelasnya.

Beliau menambah bahawa campur tangan perundangan terhadap bidang kehakiman menjejaskan intergriti konsep pengasingan kuasa dan menambah ia perlu dielakkan agar tidak menjurus kepada aspek salah guna kuasa dan percubaan untuk monopoli terhadap badan yang lain.

Kesannya seperti yang berlaku dalam kes membabitkan Dr Ting apabila pihak mahkamah mendapati telah berlaku pelanggaran terhadap prinsip asas dalam doktrin tersebut.

Sementara itu, pengerusi KEADILAN Sarawak Baru Bian mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi itu sebagai kemenangan untuk keadilan.

Katanya, hakim telah membuat keputusan yang menyenangkan pihak yang menghargai demokrasi dan keadilan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sfgeuH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.