Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Selamat tinggal Bobby, semoga pelakunya terima balasan kerana seksa binatang' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Selamat tinggal Bobby, semoga pelakunya terima balasan kerana seksa binatang'


Terkilan dan sedih hati seorang lelaki apabila kucing kesayangannya telah diracun oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Tak dapat menahan air mata melihat video yang dimuat naik Nur Jehan yang menunjukkan kucing milik keluarganya, Bobby, mengelupur dalam sangkar sebelum menghembuskan nafas terakhir. 

Menurut Nur Jehan, bukan sahaja kucingnya diracun, malah ayam peliharaannya juga pernah mengalami nasib yang sama. 

"Bulan mulia begini pun, masih ada manusia yang kejam seperti ini sehingga membuatkan kami hilang sabar. Kenapalah manusia kejam seperti ini wujud di dunia? Dah berapa banyak kucing kami diracun?" katanya. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada jam 1 pagi, di mana semua orang sudah masuk ke bilik masing-masing untuk tidur. Baru saja nak tidur, tiba-tiba kakaknya datang dan memaklumkan Bobby diracun. 

"Keadaan Bobby memang dah teruk pada waktu itu dan dia berada di bawah almari. Punyalah susah nak tarik dia keluar sebelum letak dia dalam sangkar. 

"Kami memang tidak sempat nak buat apa-apa. Kalau berlaku pada waktu siang, mungkin sempat kami carikan air kelapa seperti yang kami buat pada kucing-kucing kami yang lain sebelum ini. Tetapi Bobby mati juga akhirnya."



Menurut Nur Jehan, bukan sahaja kucing-kucing mereka pernah diracun, malah ayam peliharaan mereka juga pernah menjadi mangsa. 

"Entah apa dosa haiwan-haiwan ini kepada mereka. Kami bela elok dari kecil kami kutip. Macam ini mereka buat pada makhluk tuhan. 

"Di dunia mereka mungkin boleh terlepas, tetapi di akhirat kelak merangkaklah mereka kerana menyeksa binatang. Tak apalah Bobby, pergilah dengan tenang di sana. Hidup di dunia pun tak bebas," ujarnya.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen mempersoalkan tindakannya memuat naik video itu di media sosial. Bagi netizen, video tersebut agak tidak sesuai dipertontonkan kepada umum kerana ia melibatkan nyawa walaupun ia seekor kucing. 




"Saya tak fikir apa pun motif nak muat naik video itu. Cuma niat saya nak kongsikan rasa sedih dan kecewa serta marah dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan kucing saya begini. 

"Malah saya sendiri tidak menyangka video itu mendapat perkongsian yang banyak," jelasnya. 

"Tak ada dah kucing yang selalu korek-korek bawah pintu bilik saya nak masuk tidur. Tak ada dah kucing bermanja-manja gigit tangan dan kaki saya nak minta makanan. 

"Saya punyalah risau teringatkan dia sebab nak kena tinggal dia bila saya dah kahwin nanti. Tetapi rupa-rupanya dia yang meninggalkan saya terlebih dahulu. Selamat tinggal Bobby," katanya. 
SUMBER : http://ift.tt/1r7Yr4K

Sumber : jubahsemalam.com

✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sf3sfp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.