Tiga Penagih Dipenjarakan 8 Bulan Kerana Bersalah Menanam Bebola Besi Ke Dalam Alat Sulit Mereka
BUTTERWORTH - Tindakan tegas telah diambil terhadap tiga orang penghuni pusat pemulihan dadah yang kini telah dihukum penjara selama lapan bulan kerana didakwa menanam bebola besi dalam alat sulit mereka.
Menurut laporan Malay Mail, dua daripada tiga penghuni yang didapati bersalah itu, kedua-duanya 25 tahun telah didapati mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Pusat Serenti Kampung Selamat di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Foto - FMT |
Manakala seorang lagi tertuduh yang berusia 38 tahun turut mengaku bersalah di atas sebab membuat 'pembedahan' terhadap alat sulitnya dengan tujuan untuk meningkatkan keinginan dan keupayaan seksual pada dirinya.
Ketiga-tiga mereka didapati bersalah dan telah melanggar undang-undang di bawah Seksyen 20(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1983 yang membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda, atau kedua-duanya kerana melakukan perbuatan itu iaitu menanam bebola ke dalam alat sulit.Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab semalam turut mengarahkan mereka menjalani hukuman mulai tarikh sabitan disebutkan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sEiXOA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment