Indonesia Tarik Balik 4 Produk Mi Segera Dari Korea Kerana Mengandungi DNA Babi
Jakarta - Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia menarik sejumlah produk mi segera yang berasal dari Korea kerana didapati mengandungi babi.
Menurut CNN Indonesia, keempat-empat produk yang ditarik adalah dibawah nama Samyang (mi segera U-Dong), Samyang (mi segera perisa Kimchi), Nongshim (mi segera Shin Ramyun Black) dan Ottogi (mi segera Yeul Ramen).
Kesemua produk itu diimport melalui pengimport yang sama.
"Badan POM telah melakukan pengambilan sampel dan pengujian terhadap beberapa produk mi segera asal Korea. Dari beberapa produk yang telah dilakukan pengujian terhadap parameter DNA spesifik babi, beberapa produk menunjukkan positif terdeteksi mengandung DNA babi,” kata BPOM menerusi satu kenyataan.
BPOM berkata bahawa produk-produk tersebut tidak mengikuti aturan Kepala Badan POM Nombor 12 tahun 2016 bahawa produk yang mengandung bahan tertentu yang berasal dari babi perlu diletakkan tanda khusus yang berupa tulisan ‘Mengandungi Babi’ dan gambar babi berwarna merah dalam kotak berwarna merah di atas dasar berwarna putih.
Pihak pengimport juga dikatakan tidak memberitahu kepada Badan POM ketika pendaftaran untuk mendapatkan izin mengedar bahawa produk yang didaftarkan tersebut mengandung babi.
Sumber: Siakapkeli
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sMmr21
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment