Malaikat Tidak Akan Masuk Ke Rumah Orang Yang Ada Ciri-Ciri Ini
Malaikat ialah hamba Allah yang suci daripada dosa yang diciptakan dari cahaya oleh Allah SWT. Oleh itu, umat Islam wajib beriman kepada Malaikat yang juga termasuk dalam rukun iman.
Malaikat juga boleh berdoa untuk kita, jadi alangkah beruntungnya seseorang Muslim apabila dapat didoakan oleh Malaikat, kerana dapat disampaikan terus kepada Allah.
Walaupun begitu, bagaimana kita mahu mengharapkankan doa makhluk Allah yang tidak berdosa ini jika rumah kita pun Malaikat tidak masuk? Berikut kami kongsikan beberapa ciri-ciri rumah yang tidak akan dimasuki oleh malaikat seperti yang dipetik dari ceramah Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Rozaimi Ramle.
1. Rumah Yang Ada Anjing
Malaikat juga tidak akan memasuki rumah orang yang ada anjing. Namun, tidak ada larangan bagi yang mahu membela haiwan lain seperti kucing, arnab dan lain-lain.
Dalam satu hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54) no. 448, daripada Abu Talha, "Aku mendengar Rasulullah berkata, “Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa."
2. Rumah Yang Ada Patung
Malaikat tidak akan memasuki rumah orang yang meletakkan anak patung sebagai perhiasan. Bukan sahaja malaikat tidak masuk, bahkan hukumnya adalah haram.
Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya ada patung." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sheikh Dr. Yusuf al Qaradhawi mengatakan bahawa andai patung-patung itu bukan bermaksud untuk bermegah mengagungkan, maka Islam sama sekali tidak menegah dan tidak melihatnya sebagai dosa. Sebagai contoh, patung yang kanak-kanak bermain,ini kerana ia hanyalah sekadar hiburan buat mereka, atau patung yang bertujuan untuk digunakan untuk memakaikan baju atau patung yang digunakan sebagai pembelajaran ilmu perubatan.
3. Rumah Yang Ada Gambar Makhluk Hidup
Ulamak berpendapat bahawa tidak boleh menggantung sebarang gambar makhluk bernyawa di dalam rumah untuk tujuan perhiasan. Namun, untuk tujuan pembelajaran tidak ada larangan, seperti menggantung gambar haiwan di dalam kelas.
Dalam satu
Hadis Riwayat al-Bukhari (4/54), no. 450, Suatu hari ketika Malaikat Jibril berjanji kepada Nabi yang mana dia akan datang menjumpai Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan kemudiannya dia (Jibril) memberitahu, "Kami dari golongan malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk bernyawa) atau anjing."✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sfn9nt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment