Anak Tak Sekolah, Sebab Nak Datang Hospital Asuh Adiknya, Suami Kak Koma Di ICU.. Tolong Doakan Ya!
Anak Tak Sekolah, Sebab Nak Datang Hospital Asuh Adiknya, Suami Kak Koma Di ICU.. Tolong Doakan Ya!
Sayunya baca kisah keluarga kecil ini. Suami wanita ini baru saja koma dan masih lagi di wad ICU Hospital Shah Alam. Bayangkan ketika hari raya semakin hampir, ibu kepada tiga orang anak ini terpaksa membawa ketiga-tiga anaknya berkampung di wad, demi menjaga suami yang masih belum sedar.
Kita yang orang biasa ini pun boleh lenguh satu badan bila tegak duduk di kerusi, inikan pula anak-anak kecil. Yang paling menyayat hati bila doktor maklumlkan suami wanita ini cuma ada 50-50 saja peluang untuk hidup.
Baca perkongsian MamaBaba Jannah Muhammad ini dan doakanlah suami ibu tiga orang anak ini kembali pulih. Moga dipenghujung Ramadhan ini, ada doa-doa yang dimakbulkan dan diangkat olehNya. Amin.
Kisah Petang Semalam,
MJM ziarah mak saudara di Hospital Shah Alam. Before naik wad, pi cari buah2 kat mart dlm hospital utk dibawa kepada mak saudara di wad. Sedang leka cari buah, mata lama menatap seorang anak perempuan kecil, besar sikit je dari Jannah, sedang dodoikan seorang adiknya dlm lingkungan 8bulan++. Leka tengok si kakak buat aucak2 kat si adik yg sedang duduk dlm stroller, pandai si kakak tu mengasuh adiknya. Tercari2 jugak bayangan mak ayah budak kecik ni, tapi tak jumpa. Lalu, MJM lupakan saja mereka bermain dan terus naik ke wad.
Selepas selesai waktu habis melawat, MJM pun turun untuk balik ke ofis...Di laluan balik td, ternampak seorang perempuan sedang tunduk sambil menutupkan muka, dan perempuan tu kemudian mengambil si baby kecil dlm stroller yg sedang menangis utk menyusu, disamping sebelahnya ada budak perempuan yg mula2 MJM jumpa tadi dan seorang budak lelaki...
Entah kenapa, MJM dah jalan separuh jalan nak sampai ke kereta, tiba2 tergerak hati nak bagi duit raya kat budak2 tu...So, MJM patah balik nak jumpa budak2 tadi tu...Tapi sebelum tu, MJM terus jumpa dgn mak budak tu, utk mintak izin nk bg duit raya...Risau pulak kalau mak budak2 tu ingat MJM nak apa2kan anak2 dia...
MJM : Assalamualaikum kak, akak mak budak2 ni ye?
Mak budak2 : iye saya, kenapa? (Masa ni nampak wajah keletihan dan sayu di wajahnya).
MJM : Saya nk mintak izin dgn akak, nk bg duit raya kat anak2 akak, boleh? Sebab tadi sy suka tengok anak akak yg perempuan tu mengasuh adik dia...
Mak budak2 : (sambil tersenyum)...ok boleh je dik...terima kasih ye...
MJM pun mula pergi kat 3 org anak2 akak tu sambil hulur duit...Tersenyum2 simpul anak2 akak tu sambil mengucap terima kasih...MJM pergi dapatkan mak budak2 ni utk ajak berborak2 kosong before MJM balik...
MJM : Akak duduk mana? Akak datang sini ziarah siapa?
Mak budak2 : Akak duduk kapar. Akak ziarah suami akak. Dia kat icu, koma dari hari isnin, belum sedar lagi...Doktor cakap 50-50 (dengan suara yg sayu dengan linangan air mata)...Akak risau sangat2, anak2 akak kecik lagi...Harapkan pada suami akak je yg bekerja, akak tak keje...Anak2 akak pun taknak pergi sekolah, sebab nak datang hospital dan tolong mengasuh adik diorang ni...Alhamdulillah boleh nak harap pada si kakak mengasuh adik dia ni, sementara akak jaga suami akak kat icu...Budak2 ni duduk kat kerusi ni jela sebab budak2 takle masuk dlm icu...Adik tlg doakan ye, berkat bulan Ramadhan ni...
MJM : (Masa ni tiba2 je air mata MJM terus turun laju kat pipi)...InsyaAllah kak, sy doakan semoga suami akak cepat sedar n sembuh ye kak...akak kena kuat utk anak2 akak...
Masa ni MJM dh tak boleh nak cakap sebab memang sebak sangat especially tgk wajah anak2 akak ni yg masih kecil yg belum tahu apa yg ibu dan ayah diorang lalui...
Sempena bulan Ramadhan ni, sama2 sahabat2 mendoakan suami akak ni diberi kesembuhan dan kembalikan kegembiraan buat anak2 kecil ini untuk berkumpul bersama2 keluarga di rumah yg menjadi syurga buat mereka...
Ini Nombor Telefon Ibu Anak Tiga
Hubungi: 01126091993
Sumber/foto: FB MamaBaba Jannah Muhammad
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sGUjOe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment