Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mayat remaja ketiga ditemui dalam kejadian penembak curi di Pattani - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mayat remaja ketiga ditemui dalam kejadian penembak curi di Pattani

PATTANI: Pihak berkuasa Thailand menemui satu lagi mayat remaja yang ditembak penyerang tidak dikenali ketika berburu di Kampung Tolang, Yaring di wilayah bergolak itu pagi semalam.

Penemuan mayat remaja lelaki berusia 13 tahun itu kira-kira 10 pagi tadi waktu tempatan, menjadikan angka korban insiden tembakan itu kepada tiga orang.

"Mayat mangsa yang hilang itu ditemui kira-kira 120 meter daripada tempat kejadian. Terdapat kesan tembakan di bahagian badan dan kepala mangsa," kata Ketua Polis Yarang Kol Monteri Kongwadmai hari ini.

Beliau berkata polis masih menjalankan siasatan tentang motif kejadian yang berlaku pada 11.50 pagi itu, dan telah menemu ramah dua remaja yang terselamat dalam kejadian tersebut.

Kedua-dua remaja yang terbunuh semalam berusia 18 dan 19 tahun, dan katanya kesemua remaja itu berasal dari Panarek, Pattani.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rtsXXC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.