Aidilfitri yang dinanti-nanti
Sambutan Ramadan dan Aidilfitri kali ini disifatkan lebih bermakna buat penyanyi dan pelakon asal Singapura, Harris Baba, 27, kerana meraikannya dengan kehadiran ‘orang baru’.
Harris atau Khawaja Mohammad Harris Baba berkata, tahun ini Ramadan dan Syawal disambut bersama keluarga yang lengkap.
Katanya, kalau tahun lalu hanya disambut bersama isteri, Nik Naziha Zawawi tetapi tahun ini mereka meraikannya bersama anak mereka, Aleena Ziya, 3 bulan.
Diijabkabulkan di Keningau, Sabah tahun lalu, Harris akui tidak sangka akan berkahwin pada usia muda. Katanya, dia bertuah kerana isterinya sangat matang dan memberi sokongan kepada kerjayanya.
“Tiada istilah cemburu dengan peminat dan dia menjadi tulang belakang sejak saya masih belum dikenali sesiapa,” katanya.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sepn7P
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment