Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tingkap Kereta Tak Berfungsi. Selepas Dibuka Lelaki Ini Temui BUNGKUSAN Yang Isinya Buat Dia TERGAMAM.. !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tingkap Kereta Tak Berfungsi. Selepas Dibuka Lelaki Ini Temui BUNGKUSAN Yang Isinya Buat Dia TERGAMAM.. !!!

Nasib yang baik itu hanya datang sekali sekala tetapi selalunya kita tidak pula mengetahui bila. Dan ada sesetengah dari kita begitu bernasib baik dan bertuah dengan begitu sahaja tanpa berusaha lebih membuat apa-apa, ianya mungkin menjadi rezeki atau ujian untuk diri seseorang itu.

Lelaki yang tidak diketahui nama, lokasinya di mana dan informasi penuh mengenainya menjadi viral di media sosial kerana menemui sesuatu di dalam pintu kereta terpakai yang baru dibelinya.

Menurut Era Baru, Lelaki ini membeli kereta terpakai dalam satu lelongan oleh pihak polis selepas mendengar ada jualan yang berpatutan pada hari lelongan tersebut.

Walau bagaimanapun, setelah membeli kereta tersebut, didapati tingkap kereta tersebut tidak boleh dibuka secara automatik dan memerlukan sedikit pembaikan. Jadi beliau membuat keputusan membaikinya sendiri dan dapat menjimatkan wang dari menghantarnya ke kedai untuk dibaiki.

Apabila beliau membuka panel plastik pintu tersebut, beliau mendapati sesuatu yang mencurigakan berada di dalam pintu tersebut.


Satu beg hitam dan beliau mengeluarkan beg itu keluar dan membawanya masuk ke rumah.

Apabila beliau membuka beg tersebut, terdapat 7 bungkusan berbentuk segi empat tepat dibungkus dan diikat dengan duct tape. Apa yang ada di dalam bungkusan ini?

Lalu beliau membuka bungkusan itu dengan berhati-hati dan terkejut melihat ikatan-ikatan wang 10 dolar!

Dan bungkusan seterusnya beliau membuka ikatan-ikatan mengandungi wang 20 dolar!

Duit percuma! Dengan kesemua bungkusan dibuka dan dijumlahkan wang –wang tersebut yang didapati dari kereta terpakai tersebut tidaklah didedahkan . Tetapi apa yang pasti melihat pada bungkusan itu dipercayai jumlahnya ribuan dolar.

Apa pendapat anda mengenai kisah ini? Bagaimana reaksi anda apabila berada dalam situasi lelaki ini? Memulangkan ia semula kepada pihak polis? Mendedahkannya ke dalam media sosial atau mendiamkan sahaja?

Yang pasti tuah dan nasib baik itu kadang kala sahaja akan hinggap di dalam kehidupan kita. Terpulang pada kita untuk menginterpretasikan kejadian itu dalam menentukan nasib kita di kemudian hari kelak. Melihat pada niat di hati kita.

Sumber:- Era Baru



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s8iZyh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.