Family Karut
Hai.
Family aku ni Islam. Solat tutup aurat semua. Tapi masalahnya, suka percaya dengan rawatan rawatan tradisional .
Aku ni budak belajar agama. So aku tahu la mana boleh mana tak boleh. Dan aku pulak semestinya belajar science , so of course la aku tak percaya dengan benda benda yang tak saintifik ni.
Haritu family aku ada sakit. So diorang pun pergilah jumpa doktor. Doktor sahkan ada sakit blablabla. Pastu kena bedah. Tapi family aku ni jenis tak percaya doktor. Depa duk sibuk kata kita try rawatan tradisional dulu.
Aku penat bebel kat parents aku. Tolonglah.. pergilah bedah kat hospital tu terus.. sebelum melarat.. tapi parents aku degil nak mati.. bila aku marah dan bebel bebel pasal ni, kang depa kata aku anak derhaka pulak sebab asyik berkeras tak kasi diorang pergi berubat kampung..
Aku ni bukan apa.. kalau setakat berubat kampung urut urut tu aku tak kisah.. ni berubat kampung yang entah apa apa.. mengarut !
Haritu parents aku pergi berubat kampung dengan sorang pompuan ni.. perempuan ni glamour la kat negeri aku sebab dia dikatakan dah berjaya mengubati pelbagai penyakit ramai orang sakit kanser sakit itu sakit ini sembuh lepas berubat dengan dia.. masa tu aku dah tak sedap hati.. aku pujuk parents aku tak payah lah jumpa perempuan tu.. tapi parents aku degil.. nak jugak berubat dengan minah tu sebab dia kata ikhtiar. ikhtiar taik kucing dia ! -,-
Kau tahu? Mula2 jumpa minah tu, aku tanya dia. Berubat cara Islam ke ni?. Pastu dia jawab :
Ye lah dik. Akak berubat Islam. Akak baca ayat-ayat Quran je untuk merawat.
Aku bila dengar tu, aku dah tenang sikit. Yelah, dia mengaku dia berubat cara Islam. Lagi aku yakin sebab masa nak berubat tu dia takde minta benda mengarut ngarut macam limau nipis ke apa. Dia just suruh bawa air.
Tapi kau tahu? Masa sesi berubat tu mula. Dia azan dulu. Pastu dia baca ayat kursi dan surah sekian sekian. Masa tu aku macam okeyy lagi lah cuma aku start ragu2 sebab bacaan dia tak berapa betul sebab tajwid ke laut. But its okey, aku still percaya dia.
Tapi lepas tu aku dah tak dengar jelas dia baca apa. Yang pasti mulut dia terkumat kamit. Aku pasang telinga. Rupa rupanya dia duk sebut ayat ayat dalam bahasa Thailand. Aku masa ni macam what the fish?. Aku rasa macam nak je tenyeh kepala minah ni masa tu jugak. Rasa macam nak je cakap hoiii kata perubatan islam. Islam celah mana kalau dah baca mantera siam ni hoiii!. Tapi aku tak mampu pun nak cakap. Aku cuma marah dalam hati je sebab aku nak tengok lagi apa lagi dia nak buat lepas ni.
Lepas tu aku dengar lagi dia seru wahai datuk panglima sakti, datuk bentara blabla, maharaja blabla, datuk blabla.. Dah berapa banyak datuk dia seru pun aku tak ingat.. pastu dia sebut satu satu sape yang sihirkan. Ya Allah semua benda dia tahu sedetail detailnya (yelah jin dah tolong.. mestilah dia tahu detail). Masa ni aku amaze kejap dengan kebenaran cerita dia tu. Tapi aku tak heran sebab jin kau tolong. So apa nak heran.
Lepas habis sesi merawat tu. Aku tanya akak tu. Sape nenek tu?. Sebab sepanjang merawat tu, dia ada macam bercakap dengan nenek sambil tutup mata.
Dia kata nenek tu penjaga keluarga kami. Dia bukan jin. Tapi dia penjaga. Dia jaga saya dari kecik. Dia elakkan saya dari bahaya. Dia baik. Dia ajar saya ayat Quran. Saya minta je apa apa dengan dia, dia akan bagi. Dia la yang ajar saya berubat ni. Dia Islam. Pakaian dia serba putih. Muka dia cantik sangat.
Hmmmm. Dalam hati aku tak payah nak penjaga sangatlah. Penjaga kau tu memang jin pun ! Jin yang dah berjaya sesatkan kau satu family sebab bergantung hidup dengan dia.
Masa aku tu dah maki hamun dia dalam hati. Tapi dia ni macam tahu tahu je aku tak suka dia. Dia asyik pandang aku je masa tu. Ada sekali tu mata dia bertentang dengan mata aku, tiba-tiba aku terus jadi pening. Cepat cepat aku baca ayat kursi dalam hati. Aku syak dia nak buat something kat aku sebab dia dah sense benda tak baik kat aku.
Bila balik je rumah. Aku terus bagitau parents aku yang minah ni guna jin. Tapi parents aku degil. Depa kata tak mungkin la. Parents aku tak percaya cakap aku.
Sekali lagi, parents aku pergi berubat kampung cara lain pulak. Kali ni, depa pergi bedah batin pulak. Adeh. Yang ni lagilah aku tentang habis habisan. Syirik bonar bedah batin ni. Macam macam aku cakap dan bebelkan untuk halang family aku dari bedah batin ni. Tapi family aku degil nak mati.
Last last. Aku terpaksa la meredhakan depa gi bedah batin. Parents aku cakap masa sesi bedah batin tu, tak rasa apa pun. Tapi bomoh tu dah berjaya buang benda yang tak patut dalam badan. Parents aku pulak cakap bomoh tu baca ayat quran je masa sesi merawat. Dia tak de guna jin. Hmm hampeh. Takde guna jin la sangat.
Pastu parents aku claim lepas bedah batin tu, sakit dah hilang. Nak katanya, bedah batin tu berjaya la tewww. Lepas tu, depa tak jumpa dah doktor pakar. Kesian doktor pakar dok tunggu parents aku untuk set appointment bedah, tapi nampaknya parents aku lebih percayakan bomoh kampung dari doktor perubatan.
Last last. Barulah family aku sedar yang sebenarnya rawatan kampung ni tak menjadi pun. Mangsa yang sakit dalam family aku ni akhirnya sakit dia makin teruk dan barulah masa ni parents aku decide nak jumpa doktor pakar balik . Hahhh baru nak sodar? -,- dulu kita bebel berjela jela tak nak dengar. Percaya sangat dengan bomoh bedah batin tu. Karut marut je bedah batin semua ni !
Jadi aku nak gesa kepada kerajaan. Tolong lah tangkap mana mana bomoh yang cuba menyesatkan umat islam malaysia ni. Tak kira lah bomoh tu bedah batin ke, bedah zahir ke, kalau dah nama bomoh, memang tak lari dari jin dan setan.
Hah ni ada satu lagi cerita. Haritu ada la jiran tetangga aku sakit. Dia pun panggil la ustaz kampung yang kononnya merawat cara islam. Aku pun menyaksikan lah cara ustaz tu merawat.
Mula mula ustaz tu datang, ustaz tu ambil mood kejap. Dia pergi merokok dulu before start rawatan. Aku dalam hati kejadah apa ustaz merokok?.
Lepas tu ustaz tu baca something. Mulut terkumat kamit. Aku langsung tak dengar dia baca apa. Aku tanya parents aku dia baca apa tu?. Parents aku cakap baca ayat quran la. Padahal tak dengar pun ayat qurannya.
Lepas tu si ustaz tu pergi pangkah setiap penjuru badan pesakit dengan kunyit hidup. Pastu dia cakap nanti pesakit akan sembuh. Pastu ustaz tu pun blah..
Aku pun macam. Rawatan kejadah apa macam ni?
So sekarang ni aku dah warning family aku. Jangan memandai mandai nak berubat kampung lagi. Kalau nak berubat sangat, pergi je Darussyifa atau boleh je mintak ustaz darussyifa datang rumah.
Jangan mudah mudah percaya dengan ustaz kampung. Ustaz la sangat. Tapi entah entah ada bela something.
Nampak tak betapa rakyat malaysia ni masih ramai percaya dengan benda karut marut dan khurafat ni semua? Hey gais wake up boleh tak? Semua tu syirik tahu dak?!
Sudah sudah la percaya bomoh. Please la. Aku dah bosan dengan rawatan tradisional sampah ni. Sumpah bosan. Sebab aku tahu di sebalik rawatan tu perawat mesti ada pendamping.
Sistur X
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rcrl8B
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment