Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Kalau Tak Setuju Tak Payah Ambil” – Annuar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Kalau Tak Setuju Tak Payah Ambil” – Annuar


KUALA LUMPUR: “Kalau tak setuju tak payah ambil. Usah ungkit soal titik peluh kerana ada yang dapat wang daripada titik peluh dengan prestasi yang tidak seberapa”

Demikian jawapan balas bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berhubung bantahan bekas pemain The Red Warriors (TRW) terhadap tawaran diskaun 50 peratus untuk menyelesaikan tunggakan gaji.

Annuar yang kini bertindak selaku penaja utama TRW berkata, kenyataan pemain terbabit seperti dilaporkan akhbar Utusan Malaysia kurang cerdik kerana mendakwa mereka dizalimi dan dipaksa mengemis untuk mendapatkan tunggakan gaji tersebut.

“Mengemis? Siapa suruh mengemis? Kalau nak tunggu KAFA bayar tunggu. Itu hak mereka. Tawaran ini (diskaun 50 peratus) bukan daripada KAFA. Tapi `kita-kita’ (penaja TRW) yang mahu membantu kedua-dua pihak. Zalim ke?

“Tapi jangan lupa ada juga orang yang terpaksa mengeluar titik peluh untuk bola tanpa dapat wang pun tapi sebaliknya mengeluarkan wang untuk anda. Bola sepak Kelantan bukan ditampung dari titik peluh bola sahaja, ada orang kena bekerja di luar padang untuk tanggung yang di dalam padang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akhbar Utusan Malaysia melaporkan bekas pemain TRW musim 2015 dan 2016 menganggap Annuar selaku penaja utama TRW mengemukakan syarat yang amat pelik dan zalim bagi menyelesaikan gaji mereka.

Lapor akhbar berkenaan, rata-rata pemain terbabit menyelar cadangan itu kerana merasakan mereka solah-olah disuruh mengemis untuk mendapatkan hasil titik peluh sendiri.

Mengulas dakwaan itu, Annuar sekali lagi menjelaskan bahawa tawaran diskaun 50 peratus tersebut bukan dibuat oleh KAFA yang sedang mengalami isu kekurangan dana, sebaliknya oleh penaja TRW bagi meringankan beban KAFA.

Annuar semalam memaklumkan beberapa penaja TRW sepakat untuk membantu KAFA membayar gaji pemain Kelantan bagi bulan Jun ini lebih awal sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu serentak dengan gaji bulan Mei.

Kata beliau, penaja terbabit juga sedang berusaha membantu KAFA melunaskan tunggakan gaji dan pampasan pada tahun 2015 dan 2016 kerana KAFA belum mempunyai wang mencukupi untuk berbuat demikian.

Menurut beliau, penaja TRW menawarkan pelan penyelesaian kepada pemain dan bekas pemain pasukan itu yang mengalami isu tunggakan gaji dan bayaran pampasan dengan KAFA.

“Kita (penaja) akan menjelaskan tuntutan mereka (bekas pemain TRW) sekiranya mereka memberi KAFA diskaun 50 peratus. Kita akan bayar bagi pihak KAFA baki hutang mereka secara tunai dalam tempoh 30 hari mereka memberi persetujuan hitam putih. Jika tidak setuju maka perlu tunggu sehingga dana KAFA mencukupi,” katanya semalam.-mynewshub


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rcTvAi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.