Masa singkat bukan masalah
Kuala Lumpur: Nelo Vingada yakin anak buahnya sudah bersedia untuk berjuang bersamanya dalam kempen kelayakan Piala Asia 2019 meskipun masih baru dengan Harimau Malaya.
Sejak tiba di Malaysia 23 Mei lalu selepas dilantik jurulatih baru kebangsaan bagi menggantikan Datuk Ong Kim Swee, Vingada yang berasal dari Portugal hanya mempunyai 15 hari mengendalikan latihan pusat sebelum pertemuan dengan Lubnan dalam kempen kelayakan Piala Asia 2019 di Larkin, Selasa ini.
Biarpun mengakui tempoh berkenaan singkat untuk benar-benar mengenali pemain sebelum aksi pertamanya bersama skuad kebangsaan, Vingada menganggapnya bukan masalah besar kerana sudah berpengalaman berdepan situasi seperti itu.
“Ada masanya situasi seperti ini terpaksa saya tempuhi dalam karier bersama skuad kebangsaan dan kelab kerana kadang-kala anda baru tiba dan dua hari selepas itu sudah ada perlawanan.
“Masa agak singkat tapi saya percaya dengan kemampuan pemain. Setakat ini mereka menunjukkan kesungguhan dan sudah bersedia untuk bersama-sama berjuang dalam pasukan ini,” katanya.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sOjHOR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment