Hi! Welcome Back and Stay Tune! China tarik balik sekatan eksport sarang burung walit ke negara itu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

China tarik balik sekatan eksport sarang burung walit ke negara itu

KEMAMAN: Kira-kira 10,000 pengusaha sarang burung walit di negara ini yang terjejas ekoran larangan eskport sarang burung walit ke China akibat virus selesema burung H5N1 boleh menarik nafas lega kerana negara itu kini memberi kelonggaran terhadap sekatan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kelonggaran itu diberi selepas virus itu kini tidak lagi menular dan sekatan 90 hari terhadap eksport sarang burung walit ke negara itu hampir berakhir.

"Buat masa ini China telah melonggarkan sekatan sementara terhadap pengeksportan sarang burung walit yang telah diproses ekoran penularan wabak H5N1 di Kelantan baru-baru ini telah disahkan berakhir.

"Walaupun tempoh sekatan 90 hari belum tamat, tetapi China sudah memberi pelepasan sementara bagi eksport sarang burung walit yang sudah diproses.

"Ini antara langkah awal sebelum pengusaha sarang burung walit mentah mengeskport semula produk mereka ke negara itu selepas sekatan itu berakhir tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas pra-pelancaran Kumpulan Keselamatan Nelayan (KUKENAL) dan majlis berbuka puasa bersama nelayan di jeti Kuala Kemaman, di sini hari ini.

China sebelum ini mengeluarkan perintah sekatan sementara terhadap import sarang burung walit dari Malaysia susulan wabak H5N1 yang diisytiharkan di Kelantan pada 15 Mac.

Mengulas mengenai wabak hawar berdarah yang melanda ternakan lembu dan kerbau di beberapa daerah di negeri ini Ahmad Shabery berkata Jabatan Veterinar kini telah memvaksin kira-kira 1,700 ternakan bagi membendung wabak itu dari terus menular.

"Penternak juga harus segera melaporkan kepada pihak Jabatan Veterinar jika sekiranya ternakan mereka didapati mempunyai symptom-simptom wabak itu untuk diambil tindakan segera.

"Selain itu, penternak juga wajib melupuskan ternakan mereka yang telah dijangkiti wabak itu mengikut prosedur yang telah ditetapkan kerana jika ia dilakukan secara sambil lewa ia juga menjadi punca wabak itu merebak kepada ternakan yang lain," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rcRAM6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.