Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kejamnya penderaan seksual, trauma Mazen menggugat maruah dan iman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kejamnya penderaan seksual, trauma Mazen menggugat maruah dan iman

KUALA LUMPUR: Seksaan demi seksaan hingga merobek maruah dan keimanan.

Itu yang ditanggung rakyat Syria jika enggan mengaku mereka adalah pengganas.

Ditemui dalam sebuah forum krisis yang membelenggu rakyat Syria, Mazen Al Hummada menceritakan kisah diseksa rejim kerajaan Syria pimpinan Bashar Al Assad.

"Mereka baringkan saya atas lantai dan tulang rusuk saya patah. Kemudian mereka terbalikkan saya dan terus memukul saya.

"Empat orang berbadan besar berdiri dan memijak badan saya," katanya.

Selepas ditangkap kerana menentang rejim Bashar, Mazen bukan sahaja dipenjara selama 15 bulan tetapi diseksa.

"Mereka kata disebabkan kamu tidak mahu mengaku, mereka menggantung saya. Kedua-dua pergelangan tangan saya digari kemudian menggantung saya dengan ketinggian 40 sentimeter.

"Mereka gantung saya dan tangan saya terlalu sakit sebab beban berat badan semua di tangan saya. Rasa seperti hendak tercabut. Bila saya jerit mereka sumbat kasut ke mulut saya dan menyuruh saya diam," katanya.

Bukan hanya serangan fizikal, malah besi panas dan rokok turut dijadikan sebagai alat penyeksaan.

"Apabila saya tidak mahu mengaku, mereka menggunakan rokok dan besi panas dan dicucuh ke seluruh kaki saya dan kini semuanya berparut," ujarnya.

Tambah Mazen, walaupun mangsa adalah kanak-kanak, penyeksaan tetap dilakukan.

Hanya satu tujuan, dakwa Mazen tahanan dipaksa mengaku sebagai pengganas sekali gus menggunakan akuan tersebut dalam laporan yang dihantar ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Saya tidak faham akan seksaan yang dilakukan dan ia meninggalkan trauma yang cukup mendalam. Saya minta maaf kerana terpaksa cerita ini kerana ia melampaui maruah saya.

"Mereka menggunakan pengepit besi dan diletakkan di kemaluan saya. Kemudian mereka mengetatkannya. Selepas itu, besi pula dimasukkan ke dalam pinggul saya," katanya sambil menitiskan air mata.

Sanggup terbang sejauh lebih 7,000 kilometer ke Malaysia, Mazen tekad mendedahkan kepada seluruh dunia kekejaman rejim Bashar.

Ikuti video kisah penderitaan Mazen sebagai tahanan di tanah air sendiri.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2seDLNy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.