Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mata kanan buta akibat bermain mercun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mata kanan buta akibat bermain mercun

Mata kanan buta akibat bermain mercun

1.png

KLUANG, JOHOR – Seorang remaja berusia 14 tahun nyaris buta selepas mercun yang dibakarnya tiba-tiba meletup, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 10 malam, Ahad lalu, di Taman Kluang Baru, mangsa, Faizul Fitri Mamasu, mengalami kecederaan pada kedua-dua mata dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham mengesahkan kejadian yang viral di media sosial itu, namun bukanlah buta seperti yang didakwa.

“Hasil siasatan awal polis, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 10 malam Ahad lalu, ketika mangsa sedang bermain mercun, sebelum mercun padi yang dipegangnya tiba-tiba meletup.

“Mangsa dimasukkan ke Wad Mata di Hospital Kluang untuk mendapatkan rawatan. Hasil pemeriksaan, doktor mendapati mata kanannya cedera parah serta rosak, manakala mata krinya mengalami kecederaan namun pulih,” katanya kepada wartawan Harian Metro.

Sementara itu, bapa tiri mangsa, Khairul Ahmad Sulaiman, 34, berkata, keadaan Faizul kini stabil. Kesan melecur terbakar di mukanya hampir pulih. Namun kecederaan di mata kanannya parah dan mungkin hilang penglihatan.

Pada jam 1 tengah hari Rabu lalu, mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapat rawatan susulan pakar mata.

Sumber: thereporter



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rMaGYi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.