Cukai Pelancongan mekanisme promosi negara di mata dunia - Uzaidi
Presiden Majlis Pelancongan Malaysia Uzaidi Udanis berkata, ia harus dilihat situasi menang-menang dan memberi kelebihan serta lebih pendedahan terhadap lokasi tumpuan pelancong di negara ini.
"Kos pemasaran adalah mahal tetapi kita kena buat pemasaran. Kalau kita ada produk bagus malah paling bagus di dunia seperti Taman Negara tetapi orang tidak tahu, mereka tidak akan datang ke sini.
"Jadi kita kena ada satu dana untuk digunakan sebagai promosi agresif di peringkat antarabangsa.
"Kita lihat negara lain agresif, jadi kita akan bersaing dengan negara lain. Semua negara mahu pelancong dan kita tidak mahu ketinggalan dalam pemasaran ini," katanya semasa ditemui pada Majlis Iftar@KL 2017 di Dataran Merdeka hari ini.BACA: Cukai pelancongan bermula 1 Julai - Nazri Aziz
BACA: Penggiat industri perlu masa untuk laksana Cukai Pelancongan - Pakar cukai
Iftar@KL 2017 merupakan anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Ramadan.
Secara keseluruhan sebanyak 16 aktiviti akan diadakan berbanding 14 aktiviti pada tahun lalu, antaranya penyediaan dan pengagihan bubur lambuk, pameran pelancongan Islam, tadarus al-Quran, tazkirah, kapsul Ramadan dan sukarelawan
Selain itu, terdapat juga program klinik tahsin al-Quran, jualan food truck, kaunter zakat, majlis berbuka puasa, solat berjemaah, bual bicara, konsert dan moreh
Sebelum ini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pelaksanaan Cukai Pelancongan akan menyaksikan kadar antara RM2.50 dan RM20 untuk penginapan semalam.
Jelasnya, pelaksanaan kutipan cukai akan mula dikenakan terhadap hotel dan rumah penginapan yang berdaftar.
Pada sidang Parlimen yang lepas, Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017, yang dibentangkan Mohamed Nazri, diluluskan dengan undian majoriti.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sevs4j
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment