Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hans Isaac tanggung kahwin, bakal bapa mertua tak dapat balik Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hans Isaac tanggung kahwin, bakal bapa mertua tak dapat balik Malaysia

PELAKON dan penerbit, Datuk Hans Isaac, 46, terpaksa menangguhkan majlis perkahwinannya dengan model, Gabrielle Robinson, 28, yang sepatutnya berlangsung pada 29 Julai ini.

Hans Isaac tanggung kahwin, bakal bapa mertua tak dapat balik Malaysia

Hans Isaac tanggung kahwin, bakal bapa mertua tak dapat balik Malaysia

Hans, ketika ditemui berkata, majlis itu terpaksa ditunda kerana bakal bapa mertuanya tidak dapat pulang ke Malaysia pada tarikh berkenaan.

“Saya terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan kami kepada tarikh lain kerana bapa Gabrielle tidak dapat datang berikutan terikat dengan kontrak di Austria.

“Malah ada saudara mara dan sahabat handai yang pergi bercuti pada tarikh sama. Sejujurnya, ini adalah salah saya kerana ketika memilih tarikh berkenaan saya tidak memberitahu kepada Gabrielle dan keluarganya,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan program raya Astro di Kuala Lumpur, hari ini.

Hans berkata, sebolehnya dia mahu majlis itu diadakan tahun ini juga kerana sudah membayar deposit dewan untuk meraikan hari bersejarah mereka itu nanti.

“Saya sudah membayar deposit dewan malah hampir 70 peratus persiapan yang dilakukan saya sudah bayar semuanya,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai tindakan saman terhadap bekas teman lelaki Gabrielle, Robin Coenraad pihaknya sudah menarik balik keputusan itu.

“Saya anggap kes ini sudah selesai kerana lelaki itu sudah pun menarik balik kenyataannya di laman sosial,” katanya.

Terdahulu, selepas mengumumkan mengenai pertunangannya dengan Gabrielle pada Februari lalu, Robin memuat naik status di laman sosial Facebook miliknya yang berunsur fitnah dengan niat menjatuhkan maruah Gabrielle.

Sumber: Metro

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rXyE1g

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.