Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Anak mengamuk & meracau selepas didukung makcik itu, rupanya dia lepaskan ‘saka’ pada anak kami’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Anak mengamuk & meracau selepas didukung makcik itu, rupanya dia lepaskan ‘saka’ pada anak kami’

Loading...

TIPS KESIHATAN

Kongsikan Artikel Ini!!

shares

Assalamualaikum Acik, maaf menganggu malam ini. Tetapi hati ini rasa tak puas selagi tak cerita dan tak kongsi dengan Acik. Kalau Acik rasa perkara ini serius, Acik boleh tolong postkan tetapi hide nama saya ye Acik.

Kisah ini berlaku pagi tadi semasa saya membawa anak check di hospital (lokasi sebenar tidak didedahkan). Acik tahulah kan di situ memang ramai orang. Dah ambil nombor giliran, kami nampak kerusi kosong, terus duduk.

Anak yang berusia 2 tahun  kena scan, jadi doktor cadang makan ubat tidur untuk senang doktor nak periksa. Selepas makan ubat tidur, saya dan suami duduk di kerusi kosong bersebelahan dengan seorang makcik ini dan makcik itu pun berkenalan dengan saya. Macam-macam yang dia tanya termasuk hal peribadi. Rasa menyampah pun, tetapi disebabkan tiada kerusi kosong yang lain, terpaksa juga duduk di situ dan melayan makcik janda anak dua orang itu.

Selepas makan ubat, anak dah hampir tertidur sambil didukung oleh suami. Tiba-tiba makcik itu berdiri dan terus merampas anak dari tangan suami kononnya nak memujuk. Tercengang kami dibuatnya sebab tidak pernah orang rampas anak kami seperti itu. Suami saya ini pula jenis peramah dan berikan saja kepada makcik itu.

Saya beritahu suami agar dia mengekori makcik itu. Saya ternampak mulut makcik itu terkumat kamit membaca sesuatu kemudian dihembus di kepala anak kami. Saya dah mula rasa tak sedap hati.

Masa dia bagi anak pada suami, saya tengok muka dan mata makcik itu lain. Saya perasan bila saya tenung dia, dia buat-buat tengok telefon. Selepas itu anak saya mengamuk teruk dan meracau-racau dalam hospital. Kami pun kalah, memang kuat kudrat dia. Macam tak percaya sebab anak kami tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini. Doktor terpaksa beri ubat tidur untuk kali kedua. Itupun anak masih mengamuk sehinggalah dia tertidur sendiri.

Dalam perjalanan pulang, saya ajak suami singgah di Pusat Perubatan Islam (PPI). Saya ceritakan semua pada ustaz PPI. Selepas anak dirawat, ustaz cakap ada ‘benda’ ikut anak dan ‘benda’ itu bertuan, macam saka. Nak menangis bila saya dimaklumkan mengenai perkara itu. Betullah naluri kami, sebab anak kami tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini.

Yang paling menyakitkan hati bila anak saya dah meracau dan mengamuk, makcik itu tak ada pula nak pujuk. Dia buat tak tahu saja, kemudian buat-buat tanya kenapa anak jadi begitu.

Manusia rambut sama hitam tapi hati ada yang jahat. Cara macam itu pun boleh nak lepaskan ‘belaan’. Kalau masa dapat diputarkan, memang kena makcik itu. Geram, kasihan pada anak. Alhamdulillah anak pun dah okey. Ustaz itu kata, mujur kami bawa anak berubat dengan kadar segera.




Selepas hati kena berhati-hati jika ada orang tegur. Jangan pandang mata mereka sewaktu bersembang.

Kongsikan Artikel Ini!!

shares



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2raTZmr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.