Maritim Malaysia bantu bawa bayi lemas di Tioman
Pengarah Maritim Wilayah Timur Laksamana Pertama Maritim Datuk Mamu Said Alee berkata, Pusat Operasi Maritim Malaysia Wilayah Timur (WILTIM) menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu dari Klinik Kesihatan Pulau Tioman kira-kira 7.52 malam.
Menurutnya, bayi lelaki berkenaan, S. Raajihesh dari Selangor sebelum itu dilaporkan hampir lemas ketika mandi bersama keluarga di pantai Kampung Air Batang, Pulau Tioman.
"Mangsa, bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh ibunya dan dihantar ke Klinik Kesihatan Pulau Tioman untuk menerima rawatan, namun perlu menerima rawatan lanjut di hospital."Maritim Malaysia kemudian menugaskan Bot Penggalang 14 untuk membawa mangsa dari Pulau Tioman dan tiba di Jeti Tanjung Gemuk pada 11 malam sebelum dikejarkan ke Hospital Rompin," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Sementara itu, beliau berkata Maritim Malaysia sentiasa bersedia memberi bantuan tanpa mengira waktu melalui aset yang dimiliki.
Orang ramai yang berhadapan kes kecemasan di laut boleh terus hubungi Pusat Operasi Maritim Wilayah Timur yang beroperasi 24 jam di talian 09-5717345 atau melalui MERS 999.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sfn8zZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment