Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anwar Ibrahim putuskan tak tawar diri jadi Perdana Menteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anwar Ibrahim putuskan tak tawar diri jadi Perdana Menteri

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan untuk tidak menawarkan diri selaku perdana menteri pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau melalui kenyataan yang dikeluarkan menerusi PKR pada Sabtu berkata, Pakatan Harapan harus memberikan perhatian kepada dasar negara, kepincangan sistem dan ke arah kemenangan PRU ke-14.

“Isu pinggiran lainnya, muslihat perebutan kuasa dan kedudukan atau keterlanjuran kata kurang sopan dalam Pakatan Harapan tidak harus diizinkan.

“Pergeseran sedemikian melelahkan kerana keputusan adalah di tangan rakyat dalam PRU,” katanya.

Tegas Anwar, Pakatan Harapan perlu mengekalkan tradisi musyawwarah dan konsensus seperti yang diamalkan parti itu sebelum ini.

Bagi beliau, semua ketua parti mempunyai kedudukan yang sama dan kedudukan pengerusi hanya sebagai penyelaras.

Namun, Anwar meminta agar semua pihak dalam Pakatan Harapan untuk meneliti semula cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) untuk merombak struktur Pakatan Harapan menjadikannya mirip Barisan Nasional (BN).

“Dengan hasrat merangkul semua kekuatan dalam satu pasukan mantap menentang Umno-BN, adalah dirasakan wajar memastikan penyertaan semua pimpinan secara berkesan.

“Ini termasuk memanfaatkan kedudukan dan peranan Tun Mahathir. Agak kurang bijak untuk membuat sebarang andaian sebelum semua pimpinan parti menyatakan sikap dan usul tersebut dimuktamadkan,” jelasnya.
Sumber: MStar

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tfRDUY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.