Hi! Welcome Back and Stay Tune! Corsair Memperkenalkan Concept Zeus – Sistem Tetikus Tanpa Wayar Dengan Sokongan Pengecasan Chi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Corsair Memperkenalkan Concept Zeus – Sistem Tetikus Tanpa Wayar Dengan Sokongan Pengecasan Chi

Corsair adalah sebuah syarikat yang sangat terkenal dengan perkakasan komputer seperti papan kekunci, tetikus, fon kepala dan sebagainya. Di acara Computex tahun ini, syarikat tersebut menunjukkan sebuah konsep tetikus tanpa wayar yang boleh dicas tanpa menggunakan kabel ataupun dock – Concept Zeus.

Concept Zeus merupakan sebuah konsep gabungan tetikus gaming dan juga pad tetikus yang dapat membantu pengguna menggunakan tetikus tanpa wayar tanpa risau kehabisan bateri pada saat-saat genting. Konsep ini menggunakan teknologi pengecasan tanpa wayar Chi yang kebiasaannya digunakan oleh telefon-telefon pintar yang hadir dengan tanda harga premium.

Melalui Chi, pengguna hanya perlu memasang pad tetikus ke sumber kuasa, dan dari situ, pad tersebut mempunyai sebuah kawasan khas yang boleh digunakan untuk mengecas tetikus tersebut. Pengguna juga boleh menggunakan pengecas Chi di dalam pad tetikus tersebut untuk mengecas telefon pintar mereka, jika ia hadir dengan teknologi tersebut.

Jika tidak, Corsair juga hadir dengan sebuah adapter yang mampu memberi sokongan pengecasan tanpa wayar kepada telefon anda melalui palam Lightning ataupun micro-USB.

Menurut pihak Corsair, sistem tetikus Concept Zeus ini dikatakan akan hadir pada hujung tahun nanti, dan mungkin akan hadir dengan rekaan yang berbeza dari apa yang ditunjukkan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qK25RS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.