Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Tetap Adil Pada Semua Bangsa & Agama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Tetap Adil Pada Semua Bangsa & Agama

ALOR SETAR – Kerajaan memberi jaminan semua bangsa dan agama di Malaysia tetap diberikan keadilan walaupun Islam menjadi tunjang utama dan agama Persekutuan di negara ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata keadilan dan keutamaan itu juga tetap diberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan agar mereka tidak berasa disisihkan dalam negara yang semakin maju kini.

“Walaupun Malaysia sebuah negara majmuk dan kita jangkakan pada 2050 bilangan umat Islam akan terus bertambah kepada 80 peratus, kerajaan yang ada tetap adil kepada semua.

“Islam ini indah dan antara ciri-ciri dalam negara Islam adalah pemerintah yang adil kepada semua,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid Rafeh, Taman Uda di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ahmad Zahid berkata mereka yang mendakwa negara ini sebuah negara sekular perlu melihat dahulu Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

Lebih 1,000 orang hadir pada majlis itu. Pada majlis itu juga 100 orang terdiri daripada asnaf dan anak-anak yatim turut menerima sumbangan.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

Ahmad Zahid juga dijadual menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Tuanku Abdul Rahman Putra, Kuala Kedah di sini. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qK6uEr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.