Lelaki berkepala botak sering jadi mangsa bunuh, didakwa memiliki kuasa yang jika dipindahkan kepada orang lain, boleh buat orang itu jadi kaya
MAPUTO – MOZAMBIQUE. Polis Mozambique tidak menolak kemungkinan beberapa kes pembunuhan melibatkan lelaki botak yang ditemui dengan anggota badan mereka dikerat baru-baru ini di wilayah Zambezi, membabitkan penglibatan bomoh atau pengamal perubatan tradisional.
Jurucakap polis, Inacio Dina berkata siasatan awal mendapati kemungkinan besar pembunuhan itu dilakukan ‘bomoh’ atau ‘pengamal perubatan tradisional’, istilah yang sering digunakan untuk merujuk kepada pawang dan ahli sihir di negara itu.
“Lelaki botak sering menjadi mangsa kerana mereka dipercayai memiliki kuasa dan jika kuasa itu dipindahkan kepada orang lain, ia mampu membuat penerimanya kaya. Ia adalah kepercayaan yang sangat karut sama sekali,” katanya.
Katanya polis telah menyoal siasat penduduk setempat untuk mengetahui punca sebenar pembunuhan berkenaan.
Setakat ini terdapat tiga kes pembunuhan melibatkan lelaki botak dilaporkan di Zambezia.
Mayat seorang daripada mangsa bunuh ditemui dalam keadaan kepala terputus dan anggota badan dikerat, dengan sebahagian daripada anggotanya hilang.
Ketua Polis Daerah Polis Morrumbala, Afonso Dias berkata pihaknya telah menahan dua suspek untuk siasatan kes berkenaan.
Radio Mozambique melaporkan Dias sebagai berkata ‘sumber terdiri daripada penduduk tempatan mendakwa orang lelaki tanpa rambut di kepalanya mempunyai keistimewaan yang sama nilainya dengan emas, ia sama sekali tidak dapat diterima sama ada dari segi teknikal atau saintifik.”
Seorang lagi jurucakap polis Miguel Caetano berkata dua suspek yang ditahan mengakui anggota badan yang diambil daripada mangsa akan digunakan dalam upacara yang akan disempurnakan pawang di Tanzania dan Malawi yang memberitahu pelanggan mereka ia akan menjadikan mereka kaya.
Sejak beberapa tahun lalu, terdapat beberapa siri pembunuhan melibatkan penduduk albino berikutan terdapat kepercayaan anggota badan golongan albino memiliki kuasa luar biasa, kepercayaan karut yang dibawa masuk ke Mozambique dari negara jirannya, Tanzania.
Bagaimanapun, ini adalah kali pertama kes seumpama itu, melibatkan mereka yang botak, dilaporkan berlaku. – Bernama
Sumber: Sinar
Sumber Lelaki berkepala botak sering jadi mangsa bunuh, didakwa memiliki kuasa yang jika dipindahkan kepada orang lain, boleh buat orang itu jadi kaya
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rQdUZ0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment