Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mujur ada Norbaya... [METROTV] - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mujur ada Norbaya... [METROTV]

“JIKA tiada Norbaya sekeluarga ketika itu, saya tidak tahu bagaimana untuk kami tiga beranak berdepan dengan dugaan yang menimpa. Motosikal saya kehabisan minyak dan tayar pula tiba-tiba pancit.

“Namun Alhamdulillah, tuhan permudahkan urusan kami untuk pulang ke Taiping dengan selamat," kata Norle Azura Muhamad, 33.

Rakaman Norle menunggang motosikal bersama dua anaknya dalam perjalanan pulang ke Taiping, Perak tular di laman sosial, hari ini.

Rakaman video berdurasi 21 saat itu dirakam oleh individu yang membantunya iaitu, Norbaya Ahmad, 34.

Menceritakan kisah berkenaan, Norlee berkata, pertemuan mereka bersama Norbaya berlaku semalam ketika dia bersama anak perempuan dan lelakinya masing-masing berusia 2 dan 7 tahun dalam perjalanan pulang dari rumah ibunya di Temerloh, Pahang.

Menurut Norle, dia ditegur oleh Norbaya dengan panggilan 'abang' ketika melalui lebuh raya berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gambang, kira-kira 6 petang.

"Saya terkejut apabila orang panggil ‘abang’. Saya sangkakan mereka tersalah orang, namun apabila beberapa kali disuruh berhenti saya ikutkan saja arahan mereka kerana mungkin ada perkara yang hendak diberitahu," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Norle berkata, Norbaya sekeluarga menyatakan hasrat untuk menghulurkan bantuan dengan menumpangkan kedua-dua anaknya sehingga ke RNR Genting Sempah.

"Saya terkejut apabila mereka ingin menghulurkan bantuan, namun pada masa sama saya malu kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa.

“Namun apabila dipujuk beberapa kali oleh Norbaya, akhirnya kami sepakat untuk bertemu di RNR Genting Sempah," katanya.

Menurut Norle, bantuan dihulurkan Norbaya bagaikan tepat pada masanya kerana motosikal ditunggangi kehabisan minyak selain tayar secara tiba-tiba pancit ketika melalui jalan berhampiran Lanchang.

"Saya terpaksa masuk ke pekan Karak untuk mencari bengkel dan Alhamdulillah urusan dipermudahkan untuk saya teruskan lagi perjalanan ke Genting Sempah.

"Ketika itu hanya tuhan saja tahu betapa bersyukurnya saya. Jika tiada mereka keluarga saya pun tidak tahu bagaimana untuk berdepan kesusahan itu bersama anak-anak," katanya yang selamat tiba di rumahnya di Taiping kira-kira 10 malam semalam.

NORBAYA (kiri) sempat bergambar dengan kedua-dua anak Norle. FOTO ihsan Norbaya Ahmad

Ditanya berhubung tindakannya membawa dua anaknya menunggang motosikal, Norle berkata, itu saja termampu dilakukan demi menunaikan hasrat anak-anak beraya di Temerloh.

"Saya pada awalnya tidak bercadang untuk beraya di rumah ibu, namun apabila melihat riak wajah anak-anak yang sugul di pagi raya membuatkan saya sebak," katanya.

Menurutnya, dengan berbekalkan motosikal jenis Yamaha 135 LC miliknya, dia nekad menempuh perjalanan lebih enam jam ke Temerloh.

Sementara itu, Norbaya ketika dihubungi berkata, tindakannya membantu Norle sekeluarga berlaku secara tidak sengaja apabila dia melihat anak perempuan Norle yang berada dalam kegelisahan di atas motosikal.

Norbaya yang ketika itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Klang berkata, tindakannya meminta Norle untuk berhenti di RNR Gambang juga dilakukan secara spontan.

"Saya panggil Norle abang kerana saya sangka dia lelaki. Namun sebaik dia membuka topi keledar rupanya wanita.

"Terus ketika itu hati saya jadi sebak kerana saya juga ibu kepada dua orang anak, malah bakal menambah seorang lagi tidak lama lagi. Melihat anak-anak kecil ini saya jadi cepat sedih dan sayu," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2shp38Q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.