Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nampak Ngeri Tapi Siapa Sangka Tragedi Jerut Leher Di Pokok Kelapa Buka Rezeki Buat Lelaki Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nampak Ngeri Tapi Siapa Sangka Tragedi Jerut Leher Di Pokok Kelapa Buka Rezeki Buat Lelaki Ini

Nampak Ngeri Tapi Siapa Sangka Tragedi Jerut Leher Di Pokok Kelapa Buka Rezeki Buat Lelaki Ini

Tragedi yang mungkin tak akan dilupakan Mohd Zulhisyam Zulkifli, 23, apabila dia berjaya diselamatkan ketika lehernya terjerut tali ketika memanjat pokok kelapa.

Namun siapa sangka, dia cuma pengsan selepas kejadian dan perasaannya bagai mati hidup semula.

"Saya rasa macam diberi peluang kedua untuk hidup dan saya tidak akan lupakan pengalaman ngeri ini," ceritanya.

Ketika hari kejadian pada Khamis lalu, dia keluar dari rumah di Kampung Kokbah, Pendang pada jam 9 pagi dan diminta rakannya untuk mengambil buah kelapa untuk meniaga di bazar Ramadan.

"Saya hanya fikir untuk dapat duit saja sebab selalu kalau saya panjat pokok nyoq (kelapa) orang akan upah saya RM20 hingga RM30," katanya.

Zulhisyam sememangnya sentiasa melakukan kerja kampung seperti memanjat pokok kelapa bagi menampung keperluan dirinya dan ibu memandangkan adik beradik lain bekerja luar.

"Itu kali pertama saya panjat pokok nyoq muda, sebelum ni saya selalu panjat pokok nyoq tua sahaja," katanya.

Detik Cemas

Zulhisyam berkata dia memanjat pokok berkenaan seperti biasa dengan meletakkan tali di pinggang dan menyangkut di leher.

"Tak sangka pula teknik berkenaan memakan diri saya pada hari tersebut," katanya dengan nada kesal.

Setiba di pucuk pokok kelapa, dia mengikat hujung tali pada tandan buah kelapa dan menggunakan parang untuk mencantas tandan kelapa berkenaan.

"Tapi akibat tersalah teknik, apabila tandan nyoq tersebut nak jatuh dia tarik sekali dengan badan saya menyebabkan tali di berkenaan terjerut leher saya.

"Satu tandan ada lebih kurang 25 biji nyoq dan jumlah nyoq tu sudah cukup berat untuk tarik saya supaya jatuh bersama.

"Masa tu saya dah tak ingat apa dah hanya fikir mak dan nyawa saya ja. Saya rasa macam sesak nafas, sebak dan tak ingat apa dah, bila sedar saya dah ada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Terbit Rasa Syukur

"Mujurlah Allah bagi saya peluang untuk hidup lagi dan saya anggap ini adalah peluang bernilai buat saya," katanya.

Mengulas berkaitan videonya yang tular dan mengundang pelbagai persepsi sehingga ada yang mengatakan Zulhisyam berniat membunuh diri, dia berkata dia telah memaafkan mereka yang berkata demikian.

"Saya dah tengok video tu, tapi tu cuma rakaman pertengahan sahaja dan bukannya rakaman permulaan saya memanjat untuk mengambil buah nyoq tersebut.

"Saya maafkan depa, cumanya selepas ni kalau ada kejadian yang sama macam ni kalau boleh siasat lah dulu. Kesian dekat mangsa dan keluarga mangsa yang tidak bersalah," katanya.

Muncul Rezeki

Ini pula rezeki yang tak disangka, disebabkan cerita dan videonya diviralkan, tanpa disangka Mohd Zulhisyam Zulkifli ditawarkan untuk bekerja di satu syarikat berkait dengan buah kelapa. Malah tawaran kerja ini disokong oleh netizen yang nampak komen tersebut.

Mungkin ujiannya agak perit, tapi siapa sangka Allah nak bagi nikmat. Moga Allah mudahkan dan lapangkan rezeki buat saudara Mohd Zulhisyam Zulkifli dan ibunya.
 



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2soA3hv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.