NIK ABDUH: KRISTIANISASI MENYUSUP DALAM POLITIK, MENGANCAM ISLAM
EVANGELIS Kristian sudah berjaya menyusup masuk sehingga mampu mengenderai sebuah parti politik besar tanah air bagi melaksanakan agenda besar Kristianisasi mereka, kata Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz.
Anak kepada bekas mursyidul am PAS Nik Aziz Nik Mat itu berkata beberapa pemimpin mereka tanpa rasa takut mempromosikan Kristian melalui dakwah politik mereka, lapor Harakah Daily.
Malah, katanya ada pemimpin Melayu Islam mengeluarkan kenyataan yang memandang ringan terhadap agenda Kristianisasi.
“Inilah lambang kejayaan fahaman liberal yang sudah lama menyusup masuk dalam kealpaan umat dan pemerintah.
“Sudah ada kumpulan paderi Melayu yang begitu gigih menjalankan dakyah Kristian dengan bantuan badan Kristian antara bangsa dan mereka begitu bangga berjaya memurtadkan orang Melayu Islam,” katanya.
Bagaimanapun, Nik Abduh tidak menamakan parti politik yang dikatakannya itu.
Dalam artikel disiarkan di portal lidah pengarang PAS itu, Nik Abduh berkata kumpulan LGBT juga kini lebih berani bersuara.
“Mereka dengan berani mempromosi zina dan seks sejenis yang hina. Mereka disokong kumpulan liberal Melayu yang tidak pernah diambil tindakan oleh kerajaan.
“Umat Islam mestilah sedar dan perlu bangkit daripada tidur yang panjang. Jangan biarkan pemerintah yang lemah turut sama melemahkan mereka daripada bangkit membetulkan keadaan.
“Bahkan masyarakat Islam mestilah berperanan menekan kerajaan agar bertindak berdasarkan undang-undang negara selain bertindak secara sivil menggerakkan jentera masyarakat membantu masyarakat yang lemah daripada terus menjadi mangsa agenda musuh Islam,” katanya.
Nik Abduh berkata malang sekali, wujud suara mereka yang mendakwa melakukan reformasi dan tajdid dalam negara yang memandang enteng terhadap gerakan Kristianisasi dalam negara.
“Mereka mendakwa yakin tidak akan terpengaruh dengan Kristian. Islam cahaya yang jelas. Jadi usah ambil serius dengan peringatan yang diberi. Begitulah dakwaan mereka.
“Inilah kealpaan. Inilah kesombongan orang yang ‘kuat iman’ bagi membantu golongan yang lemah iman akibat kejahilan dan kefakiran.
“Ironinya, mereka mendakwa diri pejuang rakyat marhaen yang kelaparan. Mereka menentang pemerintah zalim dan menuduh pejuang Islam yang tidak bersama mereka sebagai alpa dan tidak peduli masalah rakyat,” katanya.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata musuh Islam memecah masuk ke dalam kelompok umat Islam yang lemah, lalu memikat mereka dengan makanan dan jaminan penjagaan.
Nik Abduh berkata sementara Islam berkembang di dunia barat, Kristianisasi berkembang dalam kalangan masyarakat Islam yang miskin.
“DI kalangan golongan berpengaruh, mereka mengembangkan agenda dengan menyebarkan faham liberal yang melalaikan umat Islam daripada melihat kepada bahaya Kristianisasi yang melanda umat Islam termiskin dan lemah,” katanya.
Beliau berkata orang Islam yang lemah ilmu dan dirundung kemiskinan sanggup menjual agama yang paling bernilai di sisi mereka dengan serendah-rendah nilai, manakala golongan berpengaruh daripada kalangan umat Islam pula terus alpa dan lalai daripada tanggungjawab menjaga saudara yang lemah.
“Murtad dan liberalisme adalah dua agenda berkembar barat yang memusuhi Islam yang dibawa masuk dalam kealpaan umat.
“Kristianisasi tetus bergerak dan berkembang manakala liberalisme yang sedang meracuni elit Melayu pula menjadi pelindung yang membentengi dakyah Kristianisasi itu.
“Seorang Muslim yang terputus akidahnya daripada jiwa adalah kesakitan yang dirasai semua. Jikalah ini perasaan kita sesama kita, insya-Allah, itulah jawaban di manakah kekuatan umat ini,” katanya.
– http://ift.tt/2pAR1dR
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sLuxrL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment