Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelajar Tahfiz Maut Kereta Langgar Besi Penghadang Jalan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelajar Tahfiz Maut Kereta Langgar Besi Penghadang Jalan

KUANTAN – Seorang pelajar tahfiz maut, manakala dua lagi rakannya cedera parah setelah kereta dinaiki mereka melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 37, Lebuhraya Central Spine Road berdekatan Aur Gading di Lipis, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supt Azry Akmar Ayob berkata mangsa yang maut ialah penumpang belakang, Wan Arsyad Rafiuddin Wan Azeze, 13, berasal dari Kampung Lundang, Kota Bharu, Kelantan.

“Dua lagi penumpang warga Thailand, Subhi Yamu, 13, dan Simi-un Hasunoh, 14, masing-masing cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini ini.

Pemandu kereta itu, Mohd Shaiful Anuar Abd Rahman, 34, berasal dari Kampung Jambu, Kelantan, hanya cedera ringan, manakala anak lelakinya Mohd Zakir Azkar Mohd Shaiful Anuar berusia dua tahun tidak mengalami kecederaan.

Azry berkata kejadian berlaku pada 6.30 petang ketika kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke Tahfiz Darul Furqan di Sungai Buloh, Selangor dari Kelantan.

Beliau berkata sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu Mohd Shaiful dipercayai melanggar lopak air menyebabkan kenderaannya terbabas melanggar besi penghadang jalan.

“Ketika kejadian keadaan hujan dan jalan basah,” katanya.

Beliau berkata sepasukan lapan anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis tiba di tempat kejadian pada 6.39 petang, dan mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mayat mangsa. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sGqmhi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.