Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembangkang Malaysia Dibelakang Tuduhan DoJ? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembangkang Malaysia Dibelakang Tuduhan DoJ?

KUALA LUMPUR – Tuduhan terbaru yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tatkala Malaysia semakin hampir menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah berdasarkan aduan pihak tertentu kepada pihak berkuasa asing tersebut.

Persoalannya, pihak manakah yang membuat aduan tidak berasas kepada DoJ tersebut dan mengapa DoJ tergesa-gesa membuat pengumuman mengenainya sedangkan ia perlu dibuktikan di mahkamah terlebih dahulu sebelum boleh diterima sebagai satu fakta.

Lebih membingungkan, 1MDB bukanlah pihak yang disaman dalam saman sivil berkenaan, malah fakta sebenar adalah aset yang didakwa diperolehi dari sumber yang salah dan mahu dilucut hak itu dibeli oleh entiti yang tidak dimiliki atau dikawal mahupun berkaitan dengan 1MDB.

Pengumuman oleh DoJ tersebut kemudian disambut pembangkang Malaysia yang diketuai DAP untuk membolehkan mereka terus menghasut rakyat supaya membenci kerajaan Malaysia dengan mengambarkan seolah-olah sah dana 1MDB telah diseleweng.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, DoJ mempunyai hak untuk memfailkan saman sivil, tetapi ia mesti berlandaskan kepada fakta yang boleh dibuktikan dan bukan berpegang kepada kenyataan retorik tanpa asas yang kukuh serta mempunyai niat tidak baik.

“Saya merujuk kepada dakwaan tanpa bukti yang kukuh dalam saman sivil difailkan oleh DoJ. Apa yang penting, dakwaan yang dibuat DoJ perlu dibuktikan di mahkamah sebelum ia boleh diterima sebagai fakta.

“Secara jelas, siasatan DoJ ini dicetuskan oleh aduan yang dibuat oleh pihak tertentu. Saya mengesyaki pengadu terbabit adalah rakyat Malaysia yang mempunyai agenda politik jahat terhadap Perdana Menteri dan kerajaan (Malaysia)

“(Rakyat) Malaysia berhak mengetahui siapa pengadu terbabit dan DoJ perlu mendedahkan identiti mereka agar Malaysia mengesahkan apa kaitan pengadu terbabit dengan agenda parti pembangkang bagi mengguling Perdana Menteri dan kerajaan yang dipilih secara demokrasi di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Rahman menegaskan, Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat sudah menjalankan siasatan terperinci melalui Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) yang terdiri dari kedua-dua ahli parlimen penyokong kerajaan dan pembangkang.

Tegas beliau, PAC dalam siasatannya tidak menemui sebarang bukti dana diseleweng dari 1MDB.

Abdul Rahman merujuk kepada saman sivil terbaru DoJ bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB. – Mynewshub.cc

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sekdY5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.