Hi! Welcome Back and Stay Tune! 【Video】Pasangan Brazil yang mempunyai 13 anak lelaki dan masih ingin mencuba mendapatkan anak perempuan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

【Video】Pasangan Brazil yang mempunyai 13 anak lelaki dan masih ingin mencuba mendapatkan anak perempuan

Di Concei ao de Coit, Brazil, terdapat pasangan suami isteri yang sangat menginginkan anak perempuan walaupun kini telah mempunyai seramai 13 anak yang kesemuanya lelaki!

Ireneu Cruz, 40 tahun yang merupakan seorang peladang dan isteri tercinta, Jucicleide Silva telah berkahwin selama dua dekad dan kini menjadi ibu bapa kepada 13 orang anak lelaki.

Anak sulung mereka berusia 18 tahun manakala anak yang bongsu baru berusia sebulan.

Namun, apa yang membuatkan kisah pasangan ini lebih menarik adalah, mereka telah berjanji untuk terus cuba mendapatkan anak sehinggalah mereka dikurniakan dengan anak perempuan!

Sebelum ini, mereka memiliki keyakinan yang sangat tinggi bahawa anak mereka yang ke-13 adalah bayi perempuan tetapi sebaik sahaja bidan mengumumkan bahawa bayi tersebut adalah lelaki, mereka tahu mereka perlu mencuba lagi.

Satu lagi perjanjian yang telah dimeterai antara pasangan ini adalah, si suami akan menamakan anak lelaki mereka manakala si isteri akan menamakan anak perempuan.

Di dalam hal ini, menunjukkan bahawa Jucicleide belum lagi diberi peluang untuk memberikan nama kepada mana-mana anak mereka.

Menurut pakar populasi, terdapat hanya satu daripada 8,000 peluang untuk mempunyai 13 anak lelaki secara berturut-turut menjadikan keluarga ini sebagai keluarga yang sangat istimewa.

Ujar Ireneu di dalam Mirror, “Apabila Jucicleide mengandung untuk pertama kalinya, kami sama-sama bersetuju bahawa dia boleh memilih nama anak perempuan manakala saya akan memilih nama untuk anak lelaki”.

“Saya sangat meminati pemain bola seperti Rivaldo, Roberto Carlos, Ronaldinho dan Robinho. Kesemua nama pemain bola sepak yang hebat bermula dengan huruf R, jadi saya mengambil keputusan untuk menamakan kesemua anak saya dengan nama-nama pemain yang saya minati”.

Jucicleide sedang mendukung anak bongsunya yang baru berusia sebulan.

Sumber: Caters/youtube

Nama kesemua anak pasangan ini adalah seperti yang berikut:

Robson, 18; Reinan, 17; Rauan, 15; Rubens, 14; Rivaldo, 13; Rauan, 12; Ramon, 10; Rincon, 9; Riquelme, 7; Ramires, 5; Railson, 3; Rafael, 2; dan Ronaldo, satu bulan.

Lihat video di bawah:

Sangat meminati pemain bola sepak Amerika Selatan, Ireneu turut mempunyai harapan yang tinggi agar salah seorang daripada anak-anaknya akan menjadi bintang bola sepak yang terkenal pada satu hari nanti.

Malah, dia turut menjadi pengadil bagi perlawanan bola yang berlangsung di antara anak-anaknya dengan pasukan bola sepak di perkampungan tersebut pada setiap minggu.

“Saya pasti berasa sangat kagum jika salah seorang anak kami menjadi pemain bola sepak Brazil pada satu hari nanti”.

“Mereka semua adalah pemain yang sangat hebat terutamanya Robson dan Rauan yang merupakan pemain penyerang kami. Hanya Reinan sahaja yang lebih gemar mengejar perempuan berbanding bola”.

Ireneu sangat berharap bahawa anak-anaknya termasuk Railson, 3 tahun dan Rafael, 2 tahun menjadi pemain bola sepak profesional pada masa depan.

Sumber: Caters/youtube

“Kami tidak memenangi sebarang pingat. Setiap kali kami menang perlawanan, kami akan mendapat sama ada kambing, kotak minuman ataupun makanan untuk anak-anak,” tambah Ireneu lagi.

Sumber: Caters/youtube

Sumber: Caters/youtube

Walaupun sangat inginkan anak perempuan, ibu kepada 13 anak lelaki ini sangat bahagia dengan keluarga besarnya.

“Setiap kali saya memasak untuk makan tengahari, saya akan memasak sekilo beras, sekilo kacang dan sepaket besar makaroni untuk mereka”.

“Benar kadang-kadang akan ada waktu di mana kami mengalami sedikit kesusahan tetapi tiada siapa pun akan dibiarkan kelaparan”.

“Jika kami hanya mempunyai sebuku roti, kami akan membahagikannya secara sama rata dan berkongsi dengan semua ahli keluarga”.

“Perkara yang paling menyenangkan adalah kesemua anak saya sangat berbudi pekerti dan mempunyai tingkah laku yang sopan”.

Namun, Jucicleide masih lagi mengharapkan untuk mendapatkan anak perempuan dan berpeluang untuk menamakannya sendiri.

Era Baru



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rayBhq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.