Hi! Welcome Back and Stay Tune! Waspada e-mel palsu tawar khidmat urus wang tak dituntut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Waspada e-mel palsu tawar khidmat urus wang tak dituntut

KUALA LUMPUR: Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) hari ini mengingatkan orang awam agar tidak mempercayai e-mel palsu yang menawarkan perkhidmatan menguruskan Wang Tak Dituntut (WTD).

JANM dalam satu kenyataan hari ini berkata, jabatan itu tidak pernah mengeluarkan e-mel kepada mana-mana pihak termasuk individu, syarikat atau firma bagi menawarkan perkhidmatan menguruskan WTD.

"Jabatan ini amat kesal dengan penyamaran e-mel palsu yang menggunakan alamat e-mel che.pee.samsudin@accountant.com bagi menawarkan perkhidmatan tersebut kepada orang awam.

"JANM juga tidak pernah melantik mana-mana ejen bagi tujuan menguruskan WTD bagi pihak empunya," jelas kenyataan itu.

Susulan daripada pengeluaran e-mel palsu itu, JANM telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rr7nCj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.