1,500 Akaun Media Sosial Palsu Akan Diambil Tindakan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan terhadap hampir 1,500 akaun palsu yang telah dikenal pasti dalam pelbagai platform media sosial sejak Januari hingga Jun lalu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata, SKMM menerima aduan awam dan memantau akaun palsu berkenaan dalam media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram yang digunakan untuk tujuan negatif termasuk penyebaran berita dan kandungan palsu.
“Ia termasuk maklumat palsu mengenai isu politik melibatkan ahli politikdi negara ini,” katanya, lapor Bernama.
Salleh berkata, antara tindakan terbabit ialah melaporkan akaun terlibat kepada pihak penyedia platform media sosial bagi tindakan pemadaman seterusnya membuat siasatan lanjut bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang termasuk pendakwaan.
Sementara itu, beliau turut meminta netizen yang menemui akaun yang disyaki palsu atau memaparkan berita atau kandungan palsu supaya memainkan peranan dengan menggunakan kemudahan ‘report’ yang disediakan oleh media sosial terbabit, agar akaun berkenaan dapat dipadamkan dengan segera.
Sementara itu, katanya SKMM juga sedang mengkaji agar media dalam talian berdaftar dengan MCMC mengikut kriteria tertentu.
“Mana-mana portal atau kandungan web yang boleh dikategorikan sebagai media dalam talian perlu didaftar untuk membolehkan ia dipantau dan diambil tindakan jika melaporkan berita yang berunsur fitnah atau palsu,” katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sTK4qA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment