Hi! Welcome Back and Stay Tune! S’gor Perlu Buktikan Dahulu Pendidikan Percuma Unisel - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

S’gor Perlu Buktikan Dahulu Pendidikan Percuma Unisel

SHAH ALAM – Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sekiranya kerajaan Selangor benar-benar serius ingin melaksanakan pendidikan percuma, perkara itu sepatutnya dilaksanakan terlebih dahulu di universiti seliaan mereka seperti Universiti Selangor (Unisel).

Beliau berkata kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) itu sepatutnya memberikan gambaran awal kepada rakyat bahawa usaha melaksanakan pendidikan percuma di negeri itu mampu dilakukan di Unisel.

“Kalau nak beri yuran pengajian tinggi secara percuma, buat dulu di Unisel… tiap-tiap semester tak payah bayar,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Shah Alam, di sini hari ini.

Mahdzir mengulas kenyataan Exco Selangor yang bertanggungjawab ke atas hal-ehwal pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad, bahawa manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang diiktiraf oleh sayap belia kesemua empat parti komponen HARAPAN antara lain, berikrar memperkenalkan pendidikan percuma kepada kanak-kanak di peringkat pra-sekolah sehingga pendidikan tinggi di universiti awam.

Selain Unisel, kerjaan Selangor turut menyelia Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa Industri Pendidikan Negeri Selangor (Inpens).

Mahdzir, yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) telahpun melaksanakan pendidikan percuma sejak dulu lagi  malahan kini tiada lagi yuran peperiksaan kebangsaan di sekolah kerajaan.

Di samping itu, kerajaan juga mengagihkan buku teks secara percuma di sekolah-sekolah seluruh negara selain menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah.

Katanya, kerajaan membelanjakan RM42 bilion setahun bagi tujuan pendidikan percuma selain penyelenggaraan bagi sekolah kebangsaan, vernakular, agama dan membantu pelajar Orang Asli.- BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uFkdQr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.