Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Pasang Bom Pada Kereta Bekas Kekasih Kerana Berpisah Dengan Dia Selepas Kantoi Lelaki Tersebut Curang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Pasang Bom Pada Kereta Bekas Kekasih Kerana Berpisah Dengan Dia Selepas Kantoi Lelaki Tersebut Curang


Apa yang akan anda lakukan jika pasangan anda selama 7 tahun berlaku curang dengan anda? Dah tentu anda tinggalkan mereka bukan? 

Itulah apa yang dilakukan oleh seorang jururawat di Kapar, Klang tapi ianya menjadi pengalaman yang amat mengerikan apabila bekas teman lelakinya telah meletakkan sebutir bom buatan sendiri di keretanya. 

Kejadian yang berlaku pada malam Sabtu apabila jururawat itu sedang memandu pulang ke rumah dari tempat kerja. Gadis itu terdengar bunyi 'beep' datang dari dalam keretanya. Ketika di sekitar Taman Damai, Kapar gadis itu membuat keputusan untuk singgah di rumah pakciknya untuk mencari dari mana punca bunyi tersebut. 

Setelah keretanya diperiksa oleh pakciknya itu, mereka terjumpa satu objek yang mencurigakan dilekat di bahagian bumper belakang yang kelihatan seperti sebutir bom. Tanpa melengahkan masa, mereka terus membuat laporan polis dan pasukan pemusnah bom dikejarkan ke tempat kejadian. 


Unit pemusnah bom memeriksa objek berkenaan dan mengesahkan ianya bom buatan sendiri dimana unit tersebut telah memusnahkan bom berkenaan pada jam 2.30 pagi Ahad. Unit tersebut menggunakan sebuah robot Teodor di sebuah padang berdekatan dengan balai polis Kapar. 

Pihak polis mengesyaki bom tersebut dipasang ketika gadis tersebut sedang bekerja. Bom tersebut tidak mempunyai kuasa yang kuat tetapi masih tetap berbahaya. Pihak polis masih lagi menyiasat kes tersebut tetapi mangsa mengesyaki bekas teman lelaki yang membuat ancaman tersebut. 

Ini kerana mereka baru sahaja berpisah selepas 7 tahun bercinta setelah gadis tersebut mengetahui bekas teman lelakinya itu mempunyai hubungan dengan perempuan lain. Lelaki tersebut juga pernah mengugut serta meminta wang darinya sehingga wanita tersebut pernah membuat laporan polis sebanyak lima kali sebelum ini kerana takut dengan sikap lelaki itu. - www.kakishare.my

Koleksi video viral edisi 2017




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tZGbPZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.