Hi! Welcome Back and Stay Tune! Johor sasaran pembangkang pada PRU14 - TPM Zahid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Johor sasaran pembangkang pada PRU14 - TPM Zahid

JELEBU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat usaha memindahkan pengundi yang sedang dilakukan pembangkang untuk menawan Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Selaku Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Pendaftaran Negara, beliau mengesan terdapat gerakan memindahkan pengundi sedang dilakukan ke negeri itu.

"Mereka (pembangkang) tumpu perhatian kepada Johor, mereka mahu rampas (Johor). PRU13 mereka sasar Negeri Sembilan (dan) jelas Negeri Sembilan bukan sahaja dapat pertahankan kerusi sedia ada tapi dapat menambah kerusi.

"Untuk Johor saya yakin bahawa walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pembangkang, dan mereka telah mengenal pasti beberapa kerusi Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri) (untuk ditandingi), saya yakin Johor tetap jadi 'fixed deposit' UMNO dan BN," katanya.

Ahmad Zahid, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jelebu di Kuala Klawang di sini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Datuk Jalaluddin Alias, Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim dan Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Ketua Pemerhati Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sDCps0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.