Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lebih 20 Individu ‘Merusuh’ Kawasan Sekitar KLCC - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lebih 20 Individu ‘Merusuh’ Kawasan Sekitar KLCC

KUALA LUMPUR – Kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di sini gempar apabila sekumpulan lelaki secara tiba-tiba ‘merusuh’ serta mencetuskan kekecohan dengan membaling botol ke arah orang ramai yang berada di kawasan itu.

Lebih 20 lelaki berpakaian hitam, bertopeng dan mengibar bendera merah berada di kawasan tumpuan pelancong itu kira-kira 10 pagi dan dilihat memaki hamun pihak polis serta pengawal keselamatan apabila diminta bersurai secara aman.

Mereka turut bertindak merempuh dan memukul anggota polis sebelum anggota pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan tembakan meriam air bagi menyuraikan mereka.

Bagaimanapun, insiden selama satu jam itu hanyalah latih amal Ex-Rimau 2017 yang diadakan di KLCC sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Ke-29 yang akan berlangsung bulan depan.

PDRM dalam kenyataan semalam berkata pegawai dan anggota polis akan berada di sekitar lokasi itu bagi latih amal yang bermula hari ini sehingga esok pada 8 pagi hingga 2 petang.

Kenyataan itu berkata latih amal berkenaan meliputi pelbagai elemen Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Unit Pemusnah Bom (UPB), Unit Tindakan Khas (UTK), 69 Komando, Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) serta anggota-anggota tugas am.

Selain itu, latihan berkenaan dapat menguji keberkesanan perancangan dan tindakan polis dalam menghadapi situasi ancaman keselamatan serta peranan dan tugas Komander-Komander Briget sebagai ketua Pasukan Tindakan Krisis (CRT).

Sempena persiapan menjelang Sukan SEA pada 19 hingga 30 Ogos ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengarahkan PDRM supaya mengadakan latih amal persiapan sebanyak lima siri termasuk di KLCC. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uEv2lx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.