Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jersi Mokhtar Dahari antara koleksi peminat tegar bola sepak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jersi Mokhtar Dahari antara koleksi peminat tegar bola sepak

KUALA LUMPUR: Tidak mahu sejarah kegemilangan bola sepak negara dilupakan dan ditelan zaman, seorang anak muda mengambil inisiatif mengumpul koleksi barangan sukan itu yang pernah dikeluarkan seawal tahun 1933.

Bermula dengan sehelai jersi milik pemain legenda era 1970-an Datuk Mokhtar Dahari yang diperoleh ketika masih menuntut di universiti, Mohd Faiz Ajis, 34, terus menjejaki sejarah bola sepak negara melalui pelbagai koleksi lain termasuk medal, cenderamata dan buku perlawanan.

"Harimau Malaya merupakan pasukan digeruni lawan dan antara yang terkuat di Asia suatu masa dahulu, namun tidak banyak peninggalan atau bahan yang boleh dikenang oleh generasi masa kini dan akan datang.

"Jadi, dengan mengumpul barangan seperti ini diharap pasukan bola sepak negara dan jasa pemain yang pernah mengharumkan nama Malaysia akan terus diingati," kata penjawat awam itu kepada Bernama.

Anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu berkata kebanyakan koleksi miliknya terdiri daripada barangan khas yang dikeluarkan sempena Pesta Bola Merdeka, sebuah kejohanan bola sepak tahunan yang diadakan untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia sejak tahun 1957.

Sehingga kini, beliau telah berjaya mengumpul kira-kira 200 jersi, 100 cenderamata dan 100 buku perlawanan yang disimpan di rumahnya.

Selain jersi bekas pemain seperti Mokhtar, Azman Adnan dan Zainal Abidin Hassan, koleksi menarik dimilikinya termasuk medal kejohanan bola sepak sejak zaman Malaya serta baju batik dan blazer milik jurulatih yang pernah dipakai ketika kelayakan Olimpik Moscow 1980.

Mohd Faiz berkata beliau menghabiskan kira-kira RM20,000 mendapatkan barangan yang dianggap langka (jarang ditemui) daripada pelbagai sumber antaranya kedai barangan antik, koleksi peribadi pengumpul lain malah ada yang diperoleh daripada bekas pemain sendiri.

"Kebanyakan koleksi khazanah bola sepak saya tidak ternilai harganya, masing-masing ada sejarah tersendiri dan ia amat sukar diperoleh dan tak ramai boleh memilikinya," katanya.

Dalam usaha mempertahankan khazanah itu, Mohd Faiz juga bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak seperti muzium, persatuan bola sepak atau badan bukan kerajaan (NGO) untuk mewujudkan pusat pameran atau muzium khas seperti National Football Museum yang terdapat di Manchester, England.

"Ia sebahagian daripada sejarah negara... kita harus berbangga dengan warisan bola sepak kita selain mengambil iktibar dalam mengembalikan kehebatan dan kemasyhuran tersebut," katanya.

Menurut Mohd Faiz bagi menambah nilai sentimental sesuatu koleksi, beliau juga tidak melepaskan peluang bertemu dengan pemilik asal untuk menurunkan tandatangan pada barangan tersebut.

"Ada yang terkejut apabila saya bawa dan tunjukkan barangan itu kepada mereka, mereka kagum, hairan dan tertanya-tanya juga dari mana saya dapatkan barang tersebut," kongsinya.

Beliau yang meminati sukan itu sejak berusia tujuh tahun juga berhasrat menghasilkan sebuah buku berkaitan koleksi berkenaan yang boleh dijadikan bahan rujukan dan sumber sejarah bola sepak negara untuk generasi masa akan datang.

"Buat masa ini saya menulis dan membuat perkongsian melalui blog kelabjersikita.blogspot.my, menerusi Internet capaian perkongsian ini tentunya lebih meluas dan global," katanya

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tWjigJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.