Anak Baru Berlari Laju Sikit, Ayah Dah Jerit! Ya, Nak Kontrol Anak Boleh Tapi Cuba Semak Kesannya
Anak seorang boleh lagilah nak kontrol suara daripada terjerit tetapi kalau dah ramai-ramai mampu ke? Haaa… sebelum mak ayah salah langkah, ketahui kesan JERIT pada anak daripada perkongsian doktor, Taufiq Razif ini…
Saya pernah jumpa seorang ayah yang suka bentak dan jerit kat anak sendiri.
Anak tu baru je berlari laju sikit sebab kena kejar dengan kawan dah kena tengking dengan si ayah macam si anak tu dah buat kesalahan paling besar atas muka bumi. Dengan mata menjengil kemarahan dan suara keras ayahnya membuatkan anaknya berhenti dan terdiam ketakutan!
Padahal bermain ni memang fitrah seorang budak yang sedang berkembang. Dengan bermain tu la otak, emosi dan tubuh badan si comel kita berkembang. Anak yang dilarang bermain akan menjadi seorang anak yang tertekan, rendah diri yang ekstrim, suka menyendiri, gagal mengawal emosi dan akhirnya membesar sebagai seorang dewasa yang rosak.
Membentak dan menjerit pada anak sendiri hanya akan membuatkan:
1. Emosi anak menjadi tidak stabil. Bila ditengking, memang anak akan menjadi diam tapi tu kesan sementara je. Anak diam bukan kerana dia faham kesalahannya tapi kerana dia ketakutan.
2. Anak akan mulai meniru perbuatan kita. Dia akan menggunakan jeritan untuk membetulkan kesalahan adik dan kawannya kerana si comel kita menyangka tu cara terbaik untuk membetulkan orang lain.
3. Lebih parah lagi bila anak tak lagi berminat untuk bermain. Maka segala perkembangan sosial, otak dan badannya akan terganggu. Efeknya bukan sekarang je tapi sampai ke tua nanti.
Mintak tolong sangat pada ibubapa untuk kawal emosi bila berhadapan dengan karenah anak-anak. Sesekali tu memang la akan terlanjur marah atau tengking tapi pastikan kita neutralkan balik dengan pelukan dan pujukan kasih sayang supaya anak kita faham bahawa kita sebenarnya tak bermaksud pun nak mencederakan emosinya.
Sumber
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u6fDgW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment