Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isteri Mengamuk Pecahkan Cermin Kereta Dan Minta CERAI Gara² Kawan Suami Prank Menyamar Jadi Wanita Mengandung!!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isteri Mengamuk Pecahkan Cermin Kereta Dan Minta CERAI Gara² Kawan Suami Prank Menyamar Jadi Wanita Mengandung!!!

Kadang-kadang gurauan mengeratkan hubungan dan dengan gurauan juga memutuskan silaturahim. Hampir saja gurauan lelaki ini membuatkan rumahtangga kawannya hampir hancur musnah. Mana tidaknya, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba mangsa dituduh telah menghamilkan anak perempuan orang.


“Nak bergurau ada batasnya. Walaupun cermin kereta dah pecah, tapi tak apalah sebab harta boleh dicari. Orang yang kita sayang tak dapat ditukar ganti,” demikian luahan Kyrol Aszuky di Facebooknya semalam.

Berdasarkan gambar perbualan WhatsApp yang dikongsikan, Kyrol dihubungi oleh seorang individu yang menyamar sebagai perempuan bernama Mira. Apabila disoal siapakah perempuan itu sebenar, individu yang tidak bertanggungjawab itu mendakwa dia telah hamilkan anak Kyrol.





Akibatnya dari perbuatan individu terbabit, isteri kepada Kyrol mengamuk. Kyrol cuba menghubungi individu itu namun panggilannya tidak dijawab membuatkan Kyrol bercadang untuk membuat laporan polis.

Selepas itu, barulah individu berkenaan mengaku dirinya adalah Akmal, rakan kepada Kyrol dan berkata dia hanya bergurau sahaja.

Malangnya gurauan Akmal itu telah menyebabkan isteri Kyrol mengamuk dan meminta diceraikan. Akmal berkata dia mahu cuba menjelaskan kepada isteri rakannya itu, malangnya wanita itu telah lari dari rumah dan enggan mendengar sebarang penjelasan.

Sementara itu, netizen mengecam tindakan Akmal yang bergurau tak bertempat sehingga hampir memusnahkan rumah tangga rakannya.

“Bodoh punya kawan. Nanti dia dah kahwin, prank macam ni balik. Banggang,” kata Irene.

“Allahuakbar, apa punya kawanlah bergurau sampai nak meruntuhkan masjid orang? Banyak lagi benda boleh dibuat bergurau. Benda begini golongan isteri cukup pantang kalau dengar. Kalau begini punya kawan, tak berkawan pun tak apa.”

“Apa-apa pun selagi boleh dipertahankan masjid yang sudah dibina itu, pertahankanlah ye. Kasihan apda anak. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin,” tulis Nurul Darlina.



✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sTd81o

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.