Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Dapur penjawat awam tak berasap kerana gaji tak cukup sampai terpaksa buat uber” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Dapur penjawat awam tak berasap kerana gaji tak cukup sampai terpaksa buat uber”

Penjawat awam memiliki hutang RM880 juta, kata kongres kesatuan sekerja pekerja-pekerja dalam perkhidmatan awam Malaysia (Cuepacs).

Datuk Azih Muda berkata gaji penjawat awam yang tidak cukup mendorong mereka terpaksa melakukan kerja sambilan hingga menjejaskan produktiviti kerja. — Foto oleh KE Ooi

Presidennya Datuk Azih Muda berkata mengikut satu kajian, 60,000 daripada mereka berdepan risiko muflis, lapor Harian Metro.

Beliau berkata keadaan itu berlaku kerana kenaikan gaji mereka dan harga barangan di negara ini tidak seiring.

Katanya kenaikan gaji cumak tiga peratus manakala harga barangan meningkat sembilan peratus dan harga rumah naik 30 peratus setahun.

“Selagi gaji penjawat awam kita tak mampu menangani kos sara hidup, bermakna gaji diterima masih tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian dan setanding seperti di negara maju.

“Jadi, sampai bila pun kita tidak akan mampu kejar kenaikan ini dengan gaji yang diterima,” katanya pada wawancara dengan akhbar itu.

Azih berkata  dapur penjawat awam “tidak berasap” kerana gaji tidak cukup dan mereka terpaksa melakukan kerja sambilan termasuk memandu Uber atau GrabCar

“Tetapi timbul pula masalah apabila mereka buat kerja sampingan ini akan letih dan menjejaskan produktiviti kerja hakiki,” katanya.

Azih menyifatkan gaji mereka antara “relevan dan tidak relevan” dan mahu kerajaan membangunkan sistem baru, seiiring hasrat menjadi negara maju.

Beliau berkata realitinya, semakan gaji dibuat antara 20 hingga 13 tahun sekalipun kerajaan secara konsensus bersetuju menyemak gaji setiap lima tahun.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber “Dapur penjawat awam tak berasap kerana gaji tak cukup sampai terpaksa buat uber”

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uETe7q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.