Awas! Minyak wangi tiruan punca kanser
Pengunaan minyak wangi tiruan boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik hingga membawa maut, kata Kementerian Kesihatan.
Bahan kimia yang disembur di pergelangan tangan, leher dan badan meresap melalui kulit, menjadi punca sesak nafas dan masalah keradangan, lapor Harian Metro.
“Semua ini berpunca kandungan kimia berat terutama methanol yang kerap diguna pakai di dalam produk tiruan ini,” kata jurucakap kementerian itu.
Berbeza dengan pewangi tulen, kandungan ethanol sebagai pelarut lebih selamat kerana tidak berlebihan.
Sebaliknya methanol dalam minyak wangi tiruan boleh berubah menjadi formalin, penyebab kanser hati.
“Biasanya methanol mampu memberi kesan dalam tempoh singkat antaranya pening, sakit kepala, mual, sakit perut dan gangguan penglihatan,” kata jurucakap itu.
Dua premis di Puncak Alam dan Kajang di Selangor baru-baru ini diserbu pihak berkuasa kerana mengilang minyak wangi palsu dalam skala besar.
Sumber: Projek MMO
Sumber Awas! Minyak wangi tiruan punca kanser
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tvqbom
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment